Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, December 5, 2009

Pesanan LUQMAN AL-HAKIM


LUQMAN al-Hakim banyak meninggalkan pesanan berguna untuk umat manusia, khususnya orang Islam. Beliau dikurniakan akal tajam serta dapat menilai keadaan sekelilingnya.Nasihat yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara yang tidak ternilai harganya hingga diguna dan diamalkan hingga sekarang.

Diantara pesanan Luqman yang harus dihayati:

1. Sesiapa yang melihat keaiban diri sendiri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.
2. Sesiapa yang reda dengan rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada pada tangan orang lain.



NAMA BAIK, NAMA BURUK


Kata pepatah, manusia mati meningalkan nama. Sama ada dia meningalkan nama yang baik atau nama yang buruk, itu semua bergantung pada apa yang dilakukannya semasa hayatnya.

Abu Qatadah bin Rabi' menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Rasullullah,lalu baginda bersabda yang bermaksud;
"senang dan menyenangkan'

Sahabat bertanya: 'Apa maksud ucapan tuan itu ya Rasullulah?'

Rasullulah menjawab:
'Apabila seorang mukmin meningal dunia, maka dia telah senang (istirehat) daripada kesusahan dunia.Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon dan binatang daripada kejahatannya.'

Apabila meningal dunia, mereka yang baik akan dikenang jasa mereka.Mereka yang jahat juga tidak akan dilupakan kejahatan yang mereka lakukan.Namun yang paling mustahak orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah akan meninggalkan dunia ini dengan hati yang senang,tiada apa yang merunsingkannya pada hari pembalasan nanti.

Malah kematian orang jahat juga kerap disyukuri oleh ramai pihak kerana dia tidak akan menyusahkan sesiapa lagi selepas itu. Maka kita kerap mendengar kata-kata begini dihamburkan terhadap orang jahat: 'Matilah engkau cepat supaya tak menyusahkan orang lagi'.

dipetik dari majalah nur.


Di Sebalik MUSIBAH ada kasih sayang ALLAH


Segala musibah yang menimpa orang-orang Mukmin atau sebuah negara Islam itu hakikatnya adalah teguran dan peringatan daripada  ALLAH agar merenungi kembali hubungan kita dengan ALLAH.

Love all, trust a few, do wrong to none


Segala kejadian yang menimpa dan berlaku di alam semesta ini merupakan hikmah dan kasih sayang ALLAH. Bahkan kejadian yang tidak menyenangkan atau menyulitkan sekalipun tetap merupakan secebis atau sebahagian dari kasih sayang ALLAH kepada para hambanya.

dipetik dari majalah anis.

A Healthy Mind Is In A Healthy Body


Lakukan yang terbaik selagi ada ruang.

Isteri Pembangun JIWA


Di belakang seorang lelaki berjaya pasti ada seorang isteri yang sentiasa meniup semangat juangnya.

Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tertinggi. Tetapi, kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahupun duka.

Hasil dari ketenangan di rumah, suami akan melihat dunia sebagai amanah yang digalas atas nama ALLAH AZZAWAJALLA, dan bukan sebagai habuan kepada nafsu yang bermaharajalela. Dunia bagainya merupakan tempat untuk membalas kebaikan keluarga.

Ciri-Ciri wanita penenang jiwa:

1. Isteri yang cerdik.

2. Sentiasa mendahulukan suami daripada yang lain.

3. Menguruskan rumah tangga.

4. Berhias hanya untuk tatapan suami.

Sabda Rasulullah SAW:

'Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitu, isteri yang solehah, yang cirinya adalah mengembirakan apabila memandang kepadanya.Jika disuruh, dia mentaatinya dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya'.

dipetik dari majalah anis.



Pentingnya TERSENYUM......




Jika kita tidak mempunyai harta untuk bersedekah, senyumlah....Kerana dengan tersenyum anda dapat menyenangkan hati orang yang memandang dan dengan senyuman anda boleh menceriakan hari.Mulakan hari anda dengan senyuman dan jangan lokek memberi senyuman. Kenapa anda mesti tersenyum?

1. Mengurangkan kesusahan - terus tersenyum walaupun menghadapi hari2 yang sukar.

2. Melatih anda bersikap positif - memberi kebahagian dalam hidup disamping melatih diri agar sentiasa berfikiran positif.

3. Membahagiakan orang lain - boleh menceriakan kehidupan orang lain dan membuat individu lain rasa dihargai.

4. Mudah untuk tersenyum - senyuman anda boleh mengekalkan awet muda berbanding orang yang sering marah2.


3 CARA mendapatkan iman


ALLAH SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang berusaha mengekalkan imannya dan membawa iman yang sempurna hingga ke akhir hayatnya, maka orang itu dinilai sebagai mati seorang mukmin atau mati husnul khatimah sekali gus terlepas daripada seksa kubur dan neraka serta dihadiahkan syurga.

Jalan terbaik melalui 3 cara:

1. Mujahadatunnaf - berjuang melawan hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak kita membuat kejahatan.Antara sifat jahat itu ialah sum'ah (ingin orang tahu amal kebajikan kita), riak,ujub,takabur,hasad dengki,marah,dendam,bakhil,cinta dunia dan gila harta.

Usaha membuang sifat2 jahat itu dengan merasa nikmat meninggalkannya dan juga merasa nikmat membuat perkara baik dengan latihan seperti

Takhalli - berjuang membuang dan membersihkan sifat jahat (mazmumah)

Tahalli - membersih dan mengisi jiwa dgn sifat serta perkara baik

Tajalli - merasa nikmat meninggalkan sifat jahat dan merasa nikmat melakukan kebaikan.

2. Mengerjakan amalan sunat - sembahyang sunat pada waktu malam, disusuli dengan doa, membaca al-Quran, berzikrullah dan lain2 ibadah lagi.Sembahyang sunat dengan kyusuk kerana ianya akan dinilai dan diberikan pahala serta menjadi punca kekuatan jiwa.

3. Tafakur - bertafakur atau merenung kebesaran ALLAH serta hikmah sesuatu yang dijadikan Nya, samada dalam bentuk benda (alam,muka bumi dan bintang) serta juga kejadian2 ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Apabila kita merenung perkara2 yang dijadikan itu, kita akan merasai kehebatan dan keagungan Nya. Sekiranya kita merenung akan nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada kita, ia akan mendorong kita supaya bersyukur dan bersabar dengan ujian Nya.

Walaupun persoalan mati dan bagaimana bentuk kematian adalah di dalam ilmu pengetahuan dan urusan ALLAH, namun kita selaku hamba Nya tidak dilarang untuk berusaha dan berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman.

dipetik dari majlah al islam.

Keperluan cinta dipenuhi - rumah tangga HARMONI


1. Wanita perlukan perhatian, lelaki perlukan kepercayaan.

2. Wanita mahu difahami, lelaki mahu diterima seadanya.

3. Wanita perlukan rasA hormat, lelaki perlu penghargaan.

4. Wanita perlukan kesetiaan, lelaki perlu kekaguman.

5. Wanita perlu penegasan, lelaki perlu persetujuan.

6. Wanita perlukan jaminan, lelaki perlukan sokongan.

dipetik dari MW

5 sikap isteri halang kejayaan suami


Suka berleter

a) sering tidak puas hati dengan apa jua perkara yang dilakukan suami.

b)tidak malu mendedahkan kelemahan suami kepada orang lain.

c)mementingkan diri dan kurang sabar.

d) mahu segala-galanya cepat dan sempurna dan memuaskan terutama berkaitan dengan kemahuannya.

Gila kuasa

a)mahu mengawal segalanya.

Tidak tahu membuat keputusan

a)tidak pandai berdikari.

b)segala-galanya mengharap suami.

Boros

a)tugasnya bukan mencari duit tapi membelanjakan duit.

Suka bersosial

a) suka bergaya dan sentiasa mahu cantik dalam penampilan.

b)tidak kesah dalam mengurus makan minum suami dan anak2.

c) membandingkan pendapatan suaminya dengan suami orang lain yang bergaji besar.


BAHAYA ROKOK - Tak Nak merokok


Rokok Mengakibatkan - Kanser Paru-Paru

Selamatkan diri anda, keluarga anda dan orang tersayang dari Kanser Paru-Paru

Berhenti Merokok - Kalau bukan untuk diri anda lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Mengancam KANAK-KANAK

Rokok mengakibatkan MATI PUCUK

Rokok mengakibatkan STROK

Rokok mengakibatkan SAKIT JANTUNG

Tip untuk berhenti merokok.

* pelajarilah tentang bahaya merokok.

* umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang.

* buangkan semua barangan yang ada kaitan dengan rokok,contohnya tempat abu rokok, pemetik api dan sebagainya.

* minumlah banyak air, ini akan membantu membuang toksid dalam badan.

* Makanlah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan ketagihan anda pada nikotin.

* hiduplah secara aktif, kegiatan sukan akan membantu melancarkan aliran darah seluruh tubuh. Senaman juga boleh mengimbangkan suhu dan ketangkasan anggota tubuh badan. Bersenamlah kerana ia satu amalan yang baik.

* elakkan tempat di mana merokok menjadi satu kebiasaan.

* belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung kerana jika tidak ini akan menggugat usaha anda untuk berhenti merokok dan anda mungkin akan terdorong untuk merokok semula.

infoline berhenti merokok - 03-88834400 (www.infosihat.gov.my/www.myhealth.gov.my)


dipetik dr risalah Kementerian Kesihatan Malaysia


Khasiat COKLAT, KURMA dan BADAM


Khasiat Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant, ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebab jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.Jangan stresskan diri, makanlah coklat.Ia boleh tenangkan anda sewaktu stress.

Bagi wanita yang menghadapi PMS,makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Bagi wanit, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress.

Kelebihan Kurma.

Kaya dengan zat besi, sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami anemia (kekurangan sel darah merah).

Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

Kaya khasiat: Protein (1.8- 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%),vitamin A dan C, sodium dan potassium.

Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan berlebihan.

Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang meransang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahana badan.

Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

Nikmat Badam

Sesiapa yang mengambil kekacang termasuk badam lima kali seminggu boleh mengurangkan serangan jantung sebanyak 50%.

Merendahkan kesan kepada kadar kolesterol di dalam darah.

20-25 biji badam mengandungi kalsium lebih kurang 1/4 cawan susu. Ia baik untuk menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis.

Bagi ibu-ibu mengandung badam merupakan sumber terbaik asid folik yang diperlukan.

dipetik dr majalah nona.


KHASIAT OMEGA


Kebaikan Omega

Tergolong dalam kategori Essential Fatty Acids (EFA), Omega 3 atau asid linolenic banyak ditemui dalam minyak ikan (tuna, salmon, sardin, mackeral, halibut,herring) dan biji-bijian spt walnut,kacang soya serta biji flax. Kajian menunjukkan Omega 3 berkesan untuk membantu fungsi kadar prostaglandin yang penting untuk aktiviti selular, merendahkan kadar kolesterol dan mengurangkan sakit sendi. Selain itu ia dipercayai membantu proses pertumbuhan dan perkembangan, fungsi penglihatan, kanser, pembekuan darah, arthritis, penyakit jantung, diabetes, asma, alergik, kesan terbakar dan hipertensi. Asid ini juga mampu mengekalkan kesegaran kulit, kekeringn dan pengelupasan.

FAKTA OMEGA

*berfungsi untuk mengawal darah beku dan tekanan darah.

*membantu menurunkan tekanan darah dengan menghalang penghasilan sumber yang menyebabkan salur darah mengecut.

*mengurangkan tahap triglycerides iaitu lemak yang berkaitan dengan kolesterol hingga menyebabkan sakit jantung.

*orang Eskimo jarang menghidapi masalah jantung kerana banyak makan ikan tertentu yang kaya omega-3.

*menghalang platlet darah bergumpal.

dipetik dr majalah nona.


Kekuatan Amalam Sedekah


Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi ALLAH. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya.

Rasulullah SAW bersabda:


'setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru,'Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah'. Yang satu lagi menyeru 'musnahkanlah orang yang menahan hartanya'.


'bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah'.


'belilah semua kesulitanmu dengan sedekah'.


'ubatilah penyakitmu dengan sedekah'.