Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Friday, April 2, 2010

3 individu saling berkait.


Syurga anak lelaki di telapak kaki ibunya, manakala syurga seorang isteri adalah di telapak kaki suaminya.

Setiap anak lelaki yang beriman wajib tahu tanggungjawabnya menghormati dan mendahului ibunya daripada isterinya. Ibu adalah wanita yang melahirkan dan membesarkannya sehingga dewasa. Isteri pulak masuk dalam keluarganya hanya apabila suaminya telah menjadi seorang lelaki dewasa yang berdikari dan punya pendapatan sendiri.Seorang isteri yang baik dan beriman akan sentiasa menperingatkan suaminya akan tanggungjawab kepada ibunya. Hormati ibu jika ia masih hidup dan kirimkan doa jika ia sudah meninggal dunia. Isteri tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri lantas menghasut atau menghalang suaminya dari menjalankan kewajipannya sebagai seorang anak kepada ibunya. Ingatlah...tidak akan wujud seorang suami jika bukan kerana seorang ibu. Seorang suami yang baik dan beriman menghormati ibunya dan mencintai isterinya. Sifat seorang suami ialah lembut tetapi tegas, walaupun isterinya seorang yang berkedudukan, kaya atau cantik sekalipun itu bukanlah alasan suami harus tunduk dan melupakan jawatan yang dipegangnya iaitu Ketua Keluarga. Suami harus tahu tanggungjawab asas kepada isterinya iaitu menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian sekadar yang ia mampu. Jika berkelebihan, tidak salah berbelanja untuk isterinya. Suami kenalah bersabar dengan sikap isteri dan jika sikap isteri sudah melampaui wajarlah ditegur secara islamik. Jika isteri tetap berdegil, tinggalkan dia sehingga keadaan kembali tenang. Jauhilah dari memukul isteri kerana tindakan terburu2 ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Setiap isteri yang beriman wajib tahu tanggungjawabnya mentaati dan menghormati suaminya. Selepas diijab kabul suami akan menyerahkan MAS KAWIN kepada isteri dan lantas isterinya mencium tangan suaminya. Apakah ianya sekadar adat dan cuma untuk diambil gambar kenangan? Isteri yang baik dan beriman seharus tahu bahawa mencium tangan suami selepas ijab kabul maka bermulalah tanggungjawabnya mentaati dan menghormati suami tidak kira suaminya itu miskin, hodoh atau kulikang. Isteri bukan saja taat dan hormat pada suaminya, malah hormat kepada semua keluarga suaminya. Isteri seharus menghargai dan bersyukur apa jua yang disediakan oleh suami. Apabila terjadinya perselisihan faham di antara suami isteri, cukuplah dengan pertengkaran mulut yang tidak menyentuh perasaan mana2 pihak . Tidak akan masuk syurga jika suami tidak redha dan memaafkan perbuatan isteri yang melampau. Seorang isteri yang ingat hari akhirat, sepatutnya sentiasa meminta maaf kepada suaminya tidak kira dia ada membuat kesalahan apatah lagi jika ia sentiasa berkasar dengan suaminya.

Seorang ibu yang baik dan beriman akan sentiasa memaafkan kesilapan anak lelakinya apatah lagi jika ia telah beristeri. Mungkin pernah perasaannya terhiris dengan tingkah laku anak dan menantunya, tetapi jika seorang ibu yang ikhlas menyayangi anak lelakinya, maka akan dimaafkan anaknya itu seikhlas dan sesuci hatinya kerana jika ibu terus memendam perasaan kecil hati kepada anak lelakinya itu, nescaya kehidupan anaknya tidak akan mencapai kebahagiaan yang total dalam hidupnya.

Untuk itu di antara anak lelaki, ibu dan isteri adalah 3 orang yang saling berkait bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kukuhkanlah silaturrahim antara anak lelaki, ibu dan isteri.

Bukan bermakna, seorang bapa itu tidak layak dihormati. Tetapi selepas menghormati ibu 3 kali barulah jatuh kepada bapa. Seorang anak lelaki yang baik dan beriman akan sentiasa menghormati dan menyayangi ibu dan bapanya. Doa bapa juga cepat dimakbulkan seperti doa seorang ibu.

JIKA SUAMI TIADA, ISTERI JANGAN TERGODA


Benarlah tegahan ALLAH S.W.T supaya manusia jangan dekati zina, dekat saja tidak boleh apatah lagi memberi peluang dan membuka jalan. Jadi apakah jalan2 ke arah zina itu supaya suami orang dan isteri orang boleh menjauhinya?

1. PAKAIAN:
Aurat merupakan satu tarikah yang merangsang berahi. Hanya orang bodoh yang menyatakan pakaian tiada kaitan langsung dengan jiwa dan nafsu seorang manusia. Sesungguhnya pakaian menunjukkan maruah seseorang.

2. PANDANGAN:
Dari mata turun ke hati. Jaga penahan syaitan jangan sampai tembus ke jantung anda. Tunduk bukan bererti mata lihat ke bawah saja, tapi pandang tanpa syahwat dan jika datang berahi cepat lari dari sesuatu yang dipandang.

3. PERHIASAN:
Gaya berhias boleh memikat sesiapa yang bersama anda. Jangan berlebihan bagai hendak menarik perhatian kepada bukan pasangan anda.

4. PERKATAAN:
Yang manis, halus, lembut, berinti pujuk rayu hanya milik suami anda seorang. Bukan untuk lelaki lain.

5. WANGIAN:
Sekadar menghilangkan bau badan, jika berlebihan, seorang isteri diancam takkan mencium bau syurga.

Jika lelaki dan wanita boleh mengelakkan diri dari lima jalan syaitan ini, takkan mungkin mereka terbabit dalam kekejian perzinaan.