Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, November 6, 2010

PERANAN ISTERI


Sekiranya suami mengalami krisis pertengahan usia disebabkan oleh masalah kewangan, anda sebagai isteri boleh membantunya untuk meringankan bebanan itu.

1. Kurang kan perbelanjaan:

1.1 Tentunya andalah orang yang berkuasa penuh di dalam urusan rumahtangga. Suami hanya akan memberikan duit belanja namun soal berapa banyak dan untuk apa, semuanya terletak di bahu anda. Oleh itu, cubalah untuk berjimat sebaik mungkin. Tidak kira dari segi pemakanan mahu pun barangan rumah. Sesuaikan dengan pendapatan suami abda sekarang yang sudah pun pencen dan mengharapkan duit pencen/EPF yang perlu dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

2. Cuba gembirakan hatinya:

2.1 Apabila berada di dalam sesuatu krisis, lelaki sering menjadi lebih sensitif.Jadi, sebagai isteri, cubalah mengambil hati dan mengembirakannya. Sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

3. Bersedia menerima perubahan dirinya:

3.1 Sering kali seseorang itu tidak sedar jika dirinya berubah. Sudah tentunya krisis itu akan mewujudkan perubahan sikap pada diri suami. Sebagai isteri anda perlu sentiasa cuba untuk bersikap memahami.

4. Sokong dia:

4.1 Sentiasalah tunjukkan sokongan kepadanya walau apa juga keputusan yang dibuat. Usah sekali-kali memperlekehkan keputusannya kerana ditakuti dia akan terasa anda tidak lagi menganggap dirinya terpenting. Sentiasa nyatakan kepadanya bahawa dia tetap yang terpenting bagi anda kerana ini dapat memberikan ia pemikiran positif.

Persediaan ke Dunia Persaraan


8 Perkara patut dilakukan:

1. Bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dunia persaraan.

2. Rancang apa yang ingin dilakukan setelah bersara dan dengan ini mereka telah tahu keadaan yang bakal mereka hadapi nanti. Contohnya untuk menceburi dunia penternakan lembu dan sebagainya.

3. Seeloknya anda sudah menyediakan 'platform' sebagai persediaan. Misalnya membuka perniagaan yang boleh anda jadikan sandaran setelah bersara kelak.

4. Anda harus bijak menguruskan duit pencen/KWSP. Usah terlalu mudah 'gelap mata' dan membelanjakannya melulu.

5. Berfikiran positif bahawa bersara bukan bermakna anda tidak lagi dipandang penting dalam keluarga memandangkan anda sudah tidak punya pekerjaan. Walaupun sudah tidak bekerja, anda masih boleh menyumbangkan kepada ekonomi keluarga seperti bekerja secara kontrak.

6. Usah rendah diri jika anda kini bukan lagi penyumbang ekonomi yang paling utama. Sebaliknya terima tempoh persaraan sebagai masa untuk anda berehat dan menikmati hidup setelah berpuluh tahun menghambakan diri dengan dunia perkerjaan.

7. Anda kini sudah bebas dan tidak lagi terikat dengan komitmen kerja dan ada banyak masa untuk diri sendiri.

8. Anda boleh mengabdikan diri untuk aktiviti amal dan keagamaan.