Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Wednesday, January 26, 2011

TANGANI TEKANAN DI PEJABAT

Oleh ZUHAYATI YAZID

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.

Biarpun ia bukan satu penyakit kronik, namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kreativiti.

''Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

"Keadaan ini jika dibiarkan akan memudaratkan diri sendiri serta kesihatan," katanya.

Ujarnya, kebiasaan pekerja yang tertekan akan menunjukkan ciri-ciri negatif kepada dirinya, malah dari sudut produktiviti kerja pula turut terjejas sehingga boleh menjejaskan motivasi seseorang itu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.

Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Ditanya apakah punca utama sehinggakan berlaku tekanan di tempat kerja, Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan pelbagai faktor boleh mendorong seseorang itu menjadi tertekan. Antaranya suasana kerja, persekitaran yang bising, interaksi dan pelbagai lagi.

Selain itu, situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan.

''Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain,'' ujarnya.

Situasi ini juga akan mendorong untuk pekerja itu menjadi malas ke pejabat sehinggakan merasakan dirinya tidak sesuai dengan tugasan yang diberikan kerana terlalu rendah taraf atau terlalu terbeban.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan tekanan di pejabat, beliau menjelaskan, pelbagai cara boleh digunakan, bagaimanapun ia bergantung kepada diri seseorang itu.

''Bagi sesetengah individu bersukan boleh melegakan tekanan yang dihadapi namun bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita kepada seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang di hadapi.

''Semua ini bergantung kepada diri seseorang bagaimana dirinya untuk melepaskan perasaan itu," jelasnya.

Katanya lagi, bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada pekerja itu kerana melupakan seketika masalah yang dihadapi.

Bagaimanapun dalam masa sama, cubalah berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat dengan kita antaranya seperti suami, ibu bapa atau rakan.

Katanya, melalui perkongsian cerita itu ia mampu mengalihkan perasaan tertekan dan juga marah itu menjadi reda.

Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam digalakkan juga untuk bermunajat kepada Allah dengan berdoa atau melakukan solat-solat sunat.

Selain itu, tegasnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tekanan.

''Tidak salah kalau kita bahagikan masa antara kerjaya dan juga diri sendiri kerana pengurusan masa yang betul mampu memberikan ketenangan pada seseorang,'' ujarnya serius.

CHEONGSAM HIJAU UNTUK TAHUN BARU CINA 2011

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


BARISAN 15 jenama dan pereka fesyen tanah air yang terlibat dalam Pameran Cheongsam Hijau di The Weld sempena Tahun Baru Cina ini.


KATA penulis buku Feng Shui, Lillian Too, hijau adalah warna bertuah untuk tahun ini. Tambah pengerusi WOFS.com ini lagi, warna hijau itu sendiri sinonim dengan kemewahan dan kaum Cina yang memakai pakaian hijau tahun ini akan mencapai kemakmuran yang diidamkan.

Sebenarnya walaupun tanpa kata-kata dari pakar Feng Shui tersebut, hijau sememangnya warna alam semula jadi kurniaan Allah yang begitu dekat dengan diri setiap manusia.

Ditambah pula dengan isu alam sekitar yang semakin membimbangkan, maka wajarlah warna hijau menjadi keutamaan dalam diri setiap manusia di muka bumi ini.

Atas sebab itu juga warna hijau menjadi pilihan pereka fesyen tanah air dalam rekaan mereka sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang Februari ini.

Buat pertama kalinya, pusat membeli- belah The Weld yang terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, telah menganjurkan Pameran Cheongsam Hijau dari 12 hingga 14 Januari lalu.

Pameran tersebut memperlihatkan kreativiti 15 pereka fesyen tanah air yang terdiri daripada Bill Keith, Carven Ong, Arief Shukor, Salikin Sidek, Leslie Variyan, Keith Kee dan ramai lagi.

Gabungan pereka fesyen daripada pelbagai bangsa ini sekali gus mencerminkan semangat 1 Malaysia.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif bahagian Kewangan dan Hal Ehwal Korporat Great Eastern Life Assurance (M) Berhad, Bruce Lee Yee Lam.

Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan khas, Winnie Sin dari Rafflesia, The Peral Centre dan Mandalay.

Pada majlis perasmian tersebut, himpunan rekaan cheongsam telah diperagakan oleh lebih 30 artis wanita tempatan seperti Amber Chia, Erra Fazira, Nasha Aziz, Intan Ladyana, Irma Hasmie, Pushpa Narayan dan ramai lagi.

Melengkapi penampilan cheongsam hijau yang menawan ialah set barangan kemas daripada batu jed dan mutiara eksklusif dari Mandalay dan Rafflesia.

Memang tidak dinafikan penampilan seseorang wanita terutamanya yang mengenakan pakaian tradisional Cina tidak akan lengkap tanpa aksesori tambahan seperti yang digayakan oleh barisan artis serta selebriti tempatan tersebut.

Lee dalam ucapannya berkata, pameran ini bertujuan untuk mempertontonkan kepada orang ramai keindahan seni rekaan cheongsam.

Di samping itu pameran ini juga bertujuan menyampaikan mesej bahawa cheongsam bukanlah terhad untuk kaum Cina sahaja.

"Sesiapa sahaja boleh memakai pakaian tradisi ini dan dengan kreativiti pereka fesyen tanah air, cheongsam kini telah dizahirkan dalam pelbagai rekaan yang elegan, glamor dan memang cantik.

"Pameran ini juga bertujuan mengetengahkan lagi pereka fesyen tempatan yang sebenarnya setaraf dengan pereka fesyen antarabangsa. Ia sekali gus menunjukkan sikap toleransi antara pereka fesyen tanah air tidak mengira usia, tua ataupun muda," jelasnya lagi.

Selain pameran cheongsam tersebut, pusat membeli belah ini juga akan menganjurkan pelbagai lagi aktiviti menarik bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Ia juga menarik pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mendekati budaya masyarakat di negara kita yang penuh unik dan mengkagumkan.

Berkunjung ke The Weld dari tempoh 17 Januari hingga 16 Februari ini akan menyebabkan anda berpeluang menyaksikan pertunjukkan seni dari kaum China dan pelanggan yang bertuah akan membawa pulang hadiah Hong Baos yang eksklusif dari The Weld.

Monday, January 24, 2011

SUAMI TAK KISAH SOAL SAIZ - PAKAR

yang kecil

yang besar

MENURUT Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim, masyarakat negara ini lebih-lebih lagi kaum Melayu kurang memberi tumpuan dan mengambil pusing akan saiz payu dara seseorang wanita, meskipun isteri mereka sendiri.
Mereka sebaliknya mampu menerima saiz payu dara isteri mereka dengan seadanya.
Lebih-lebih lagi masyarakat kita mempunyai pegangan agama dan budaya yang kuat, seterusnya menghalang mereka daripada membuat sebarang pembedahan kosmetik untuk membesarkan dan mencantikkan payu dara.
"Walaupun ada sesetengah orang memandang berat perkara itu (saiz payu dara), kebanyakan kita tidak menganggapnya sebagai penting.
"Bahkan kadang-kadang kalau sesetengah wanita mendapati saiz payu daranya sedikit berlebihan (besar), ia menjadi perkara yang disorokkan kerana dianggap memalukan," katanya.
Suradi berpendapat mereka yang sanggup melakukan pembedahan untuk mencantikkan payu dara ialah mereka yang suka memperagakan diri dan gemar memakai pakaian yang seksi.
"Jadi jika mereka mempunyai payu dara yang cantik, penampilan mereka dianggap lebih menarik.
"Bagaimanapun, mereka yang berpegang kukuh pada agama dan menutup aurat tidak akan melakukan pembedahan sedemikian.
"Secara peribadi, saya beranggapan kebanyakan suami sendiri tidak begitu mengambil kisah akan saiz payu dara isteri mereka," katanya.
Suradi menganggap mereka yang bersyukur dengan keadaan fizikal seperti yang diciptakan Tuhan akan hidup dengan lebih gembira dan sejahtera.
"Mereka yang melakukan pembedahan itu tidak memikirkan masa depan, mereka cuma ingin kelihatan cantik pada masa sekarang sedangkan mereka sedar kecantikan itu tidak mungkin kekal," katanya.

RAMAI LUPA TANGGUNGJAWAB


Semakin ramai isteri lupa tanggungjawab mereka kerana sibuk mengejar kesenangan, terjebak dengan pergaulan bebas dan persekitaran sosial terbuka, sehingga terlanjur menceritakan aib suami kepada khalayak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang (gambar) berkata, demi mendapatkan kedudukan ekonomi yang baik dan kukuh, isteri hari ini terpaksa berkerja untuk mendapatkan wang mencukupi bagi membeli barang dikehendaki.
Menurutnya, isteri ketika ini tidak lagi bergantung kepada wang daripada saku suami, malah kadangkala suami tidak mampu memberikan kemewahan dimahukan isteri. “Namun, apabila isteri bekerja, berlaku pergaulan dengan rakan sekerja dan ada ketika pergaulan ini melampaui batas sehingga menyebabkan berlaku perbuatan nusyuz (ingkar) isteri terhadap suami,” katanya.

SIKAP LEMAH LEMBUT 'SENJATA' TAWAN SUAMI


Golongan isteri dinasihatkan bersikap lemah-lembut terhadap suami masing-masing kerana ia ‘senjata’ sebenar yang mampu melembutkan hati pasangan dan mendapat apa yang diingini mereka, bukannya dengan kekasaran kerana lelaki mudah tewas dengan kelembutan.
Penceramah terkemuka dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, berlawan dan bermusuh dengan suami tidak akan memberi kebaikan, manfaat atau kemenangan kepada isteri, sebaliknya mereka hanya akan kecundang apabila bersikap kasar kepada pasangan hidup.
Beliau berkata, isteri wajib taat pada suami, maka secara langsung perlu menghormati suami dan melayannya secara lembut, serta menjadikan acuan Islam sebagai rujukan demi kebahagiaan kehidupan berumahtangga.
“Golongan wanita akan dilihat hebat kerana menundukkan lelaki atau suami tetapi mereka dilihat hebat jika berjaya mendidik anak dengan sempurna menjadi insan berguna,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk kepada laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai nasib seorang suami, hanya mahu dikenali sebagai Razman, 30, apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng kerana sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya.
Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama, malah sepanjang setahun tempoh perkahwinan, lebih 10 kali isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas SMS dihantarnya, selain barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan isterinya itu.
Paling memilukan si suami, pernah satu ketika dikejutkan isterinya daripada tidur dengan menggunakan kaki.
Mohd Zawawi berkata, masalah baran isteri jarang diperkatakan kerana ia selalunya membabitkan lelaki yang mempunyai ego yang tinggi tetapi baran isteri boleh berpunca daripada beberapa sebab antaranya penyakit psikologi serta hilang sabar selepas melalui proses perkahwinan bersama suami.
Katanya, ibu bapa juga tidak disaran mewariskan kedegilan atau dengan kata lain, mengajar’ anak perempuan mereka mengamalkan tradisi hendak menang serta menguasai suami terutama menggunakan cara salah seperti ubat guna-guna atau ‘air penawar’.

Saturday, January 22, 2011

DIAM ada MAKNA tu......


DIAM Semula Jadi:
Bisu

DIAM Terpaksa:
Dilarang menyampuk.

DIAM Bodoh:
Tidak memberi respons apabila ditanya.

DIAM Malas:
Tidak mau memberi pandangan atau cadangan kerana jika cadangan itu diterima dia takut akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya.

DIAM Marah:

Jika berlaku perbalahan atau pertengkaran diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan.

DIAM Merajuk:

Pandangan orang bawah ditolak mentah-mentah menyebabkan hati mereka merajuk dan diam adalah lebih baik.

DIAM Khianat:
Curang.


DIAM Sombong:
Pilih bulu.


DIAM Efektif:
Diam efektif ialah diam untuk berfikir dan menyusun semula strategi.

BAGAIMANA HENDAK MENJADI SEORANG YANG PEMAAF


* Tidak perlu menang setiap masa.

* Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.

* Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.

* Berdoa supaya disabarkan hati.

* Bersangka baik.

* Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.


Pakar motivasi - Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

Saturday, January 15, 2011

AGED WOMAN

Aged Women

What is the difference between girls/woman aged: 8, 18, 28, 38, 48, 58 and 68?

At 8 — You take her to bed and tell her a story.

At 18 — You tell her a story and take her to bed.

At 28 — You don’t need to tell her a story to take her to bed.

At 38 — She tells you a story and takes you to bed

At 48 — She tells you a story to avoid going to bed.

At 58 — You stay in bed to avoid her story.

At 68 — If you take her to bed, that’ll be a story!


EVERYBODY, SOMEBODY, ANYBODY AND NOBODY


Humor about the funny things in life

Everybody, Somebody, Anybody, And Nobody

This is a little story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it.

Anybody could have done it, but Nobody did it.

Somebody got angry about that because it was Everybody's job.

Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.

It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done

TRANSFORMASI ROHANI


1. Ucapkan perkataan2 yang positif misalnya 'aku rajin', 'aku boleh buat'. Elakkan perkataan ' aku malas', 'susah' dan lain2 lagi.

2. Mulai hari ini usah berharap kepada puji-pujian kerana ia boleh mengundang riak dan menggugat keikhlasan ketika melakukan sesuatu.

3. Jika tidak berpuashati dengan majikan yang membayar gaji anda , bayangkan wajah anak2 yang selama ini membesar hasil titik peluh anda bekerja di situ. Jika anda tidak ikhlas, fikirkan sumber yang anda berikan pada anak2 itu.

4. Jika selama ini anda hanya sembahyang lima waktu apa kata tambahkannya dengan solat sunat. Lakukan solat sunat dhuha paling kurang seminggu sekali.

5. Tambahkan amalan solat malam seperti tahajud dan hajat paling kurang seminggu sekali terutama malam jumaat.

6. Kalau sebelum ini anda membaca yaasin pada malam jumaat manakala malam2 lain tidak berkesempatan mengaji, cubalah membaca ayat2 suci alQuran setiap malam. Mulakan dengan 10 ayat pada minggu pertama dan selepas itu tambahkan kepada 50 ayat dan seterusnya.

Friday, January 14, 2011

Fikir2kanlah.....


The 4 Wives


There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!"

Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.

The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart. The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?"

"I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go."

The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have !"

Actually, we all have 4 wives in our lives:-

a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.

b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.

c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.

d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.
Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament. INTAN BPsK

Sunday, January 2, 2011

Jenis-Jenis UJIAN


1. Ujian Mentaati Perintah ALLAH:

Solat, puasa, membayar zakat, mengerjakan Haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain. Setiap ibadat yang diperintahkan oleh ALLAH mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan. Akan tetapi hikmah tersebut tidak banyak disebut, sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintah daripadaNya. Dengan ini akan terbukti siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah dan siapa pula yang derhaka dan mengingkarinya.

2. Ujian menjauhi Larangan ALLAH:

Minum arak, mencuri, mengumpat, berbohong dan seumpamanya. Sebagaimana ibadat yang merupakan perintah ALLAH, laranganNya juga mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan untuk manusia. Manusia diberikan pilihan, namun sesuatu yang disenangi oleh nafsu akan menjadi pilihan utama.Yang tinggal cuma keimanan di dalam jiwa yang membatasi manusia daripada melepasi batas sempadan dan had yang mesti dihadapi agar manusia tidak ditunggangi nafsu yang menipu.

3. Ujian Kebaikan (Nikmat)

Contohnya nikmat kekayaan, anak2, isteri, kesihatan dan pelbagai nikmat hidup. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang2 yang beriman sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang' (Surah al Taghabun 64:14)

4. Ujian Keburukan (Musibah)


Misalnya miskin, sakit, kematian dan sebagainya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t menerusi firmanNya yang bermaksud: 'Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk' (Surah al -Baqarah 2: 155-157).

dipetik dari M. Solusi

Jamuan Makan Tok Guru

gambar hanya hiasan

Seorang Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan, orang kaya, orang berpangkat dan ternama mendapat keutamaan. Tok Guru dipingirkan. Menyedari sikap 'pilih bulu' tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan gemerlapan. Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut.Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera dengan makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah. Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaian yang mahal-mahal itu. 'Mengapa?' tanya orang ramai. Tok Guru menjawab' Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku'.

Moral of the story: Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih pentaing daripada pandangan prang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri. Dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan taqwa yang ada dalam diri.

dipetik dari M.solusi

Keldai Yang Memakai Serban


Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.
Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya. 'Assalamuaikum orang alim' sapa seorang lelaki.' Selamat datang tuan' sapa seorang yang lain. Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut. 'Tolong ajarkan kami...' pinta mereka. 'Jadilah guru kepada kami semua' 'Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami'. Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, 'bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?' Orang-orang kampung itu menjawab, hampir serentak,' kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajarkan kami'. Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya. 'Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar, sila kamu semua belajar daripadanya'. Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali. Ya pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Moral of the story: Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang banya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material adalah tidak tepat. Pakaian hanyalah umpama 'topeng' yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai.

dipetik dari M.Solusi

KAMUS ISTILAH


afdal - lebih baik

awla - lebih utama

bidaah - ibadah baru yang tidak dilakukan oleh Rasulullah

dalalah - sesat

empati - daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain

fuqaha - ahli-ahli fiqah

karamah - kejadian luar biasa berlaku pada diri para wali

imarah - membangunkan

khilaf - perbezaan keadaan, pendapat, pandangan atau sifat yang tidak sama antara satu daripada yang lain

khurafat - kepersayaan karut yang bertentangan dengan al Quran dan hadis

ma'unah - kejadian luar biasa pada diri orang Islam awam yang bertaqwa

mazmumah - tercela, terkeji, terhina

maghfirah - keampunan

muhasabah - perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian) untuk pembaikan diri sendiri, introspeksi

munajat - ibadat kepada Allah dengan mengheningkan diri dan hati menerusi solat, zikir, doa dan lain-lain amal ibadahdengan penuh rasa takut dan harapan

mukalaf - lelaki dan perempuan yang telah cukup umur (baligh) dan wajib ke atasnya mematuhi hukum hakam Islam

murabbi - orang yang mendidik atau mebimbing

mursyid - guru agama, pemimpin (dalam hal rohani)

nafsu amarah - nafsu yang sering mendorong kepada perbuatan jahat atau berbuat maksiat, melampiaskan syahwat dan mengelak daripada suruhan syariat

qanaah - sikap berpada-pada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada

rukhsah - kelonggaran yang diberikan syarak dalam ibadah disebabkan keadaan darurat

tabarruk - diberkati, berbahagia, selamat, sentosa

taqwa - takut atau memelihara. Taqwa zahir adalah dengan menjaga batasan syariat dan batin adalah dengan niat dan ikhlas

tasawuf - suatu disiplin yang membentuk rohani manusia dengan sifat-sifat ketuhanan dan adab-adab syariah pada zahirnya

tawaduk - tunduk kepada Allah yang hak

tazkiyatun nafs - penyucian jiwa

ujub - perasaan hairan dan bangga terhadap kelebihan yang terdapat pada diri sendiri

warak - meninggalkan perkara yang ditegah dan yang syubhah atau perkara yang diingini oleh nafsu

zuhud - kehidupan yang tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia kerana mengutamakan kepentingan akhirat

dipetik dari M.Solusi

Tujuan Ibadah Untuk Bersihkan Hati


Kualiti hati menentukan kualiti amalan;
Kuantiti amalan menentukan kualiti hati.

Seluruh amal ibadah dalam ISLAM sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.

SOLAT: Tujuan utama solat adalah untuk mengingati ALLAH. Maksud Firman Allah:"Dan dirikanlah Solat untuk mengingati Ku"(surah Taha:14)"Ingat Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri "Feeling og God in you", sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada ALLAH dalam hati.

PUASA: Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum hakam Allah. Firman Allah bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa" (Surah al-Baqarah 2:183). Taqwa itu juga letaknya di hati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan dada baginda)". Dengan sifat taqwa seseorang akan naik 'darjatnya' di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Ku ialah mereka yang bertaqwa" (surah al-hujurat:13)

ZAKAT: Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat taak, rakus dan pentingkan diri dalam hati manusia. Zakat itu kata asas yang bermaksud 'bersih'. Zakat fitrah adalah untuk 'membersihkan' diri manakala zakat harta adalah untuk 'membersihkan' harta. Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

HAJI: Ibadah Haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

KORBAN: Ibadah korban bertujuan'menyembelih' rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah s.w.t dalam al Quran 'daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah tetapi apa yang sampai ialah hati yang bertaqwa.'

Maka berhati-hatilah menjaga HATI kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan ternilai walau sedebupun sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS.

Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang sehingga lurus lidahnya.

Untuk mendapat kebaikan Islam mendidik kita agar memulakan sesuatu interaksi dan komunikasi sesama manusia dengan kebaikan, bermula dengan bersangka baik, memberikan senyuman dan memberi salam.

Hati juga umpama kebun, semaikan 'benih' rasa baik-baik, pasti kita akan menuai 'buah' kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai angin, nanti kita terpaksa menuai badai.

dipetik dari : Pahrol Mohamad Juoi - M.Solusi