Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, April 30, 2011

SUMPAH?

Fazy Sahir

| April 29, 2011

Majlis lafaz sumpah laknat itu memakan masa kira-kira 10 minit di hadapan pembantu Imam Masjid, Ezhan Mohd Piah.

UPDATED

KUALA LUMPUR: Seorang dari kumpulan trio ‘Datuk T’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini bahawa beliau bersama Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video seks yang ditayangkan kepada sekumpulan media 21 Februari lalu.

Dalam lafaznya, Eskay berkata, “pada hari ini 29 April, saya Shazyrl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bersumpah bahawa aku dengan Anwar berada dalam paparan video pada 21 Februari 2011 dan Anwar adalah pelaku dalam video. Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat aku.”

Majlis lafaz sumpah laknat itu memakan masa kira-kira 10 minit di hadapan pembantu Imam Masjid, Ezhan Mohd Piah.

Dua lagi tokoh dalam kumpulan trio ‘Datuk T’, bekas Ketua Menteri Menteri Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim turut hadir untuk menyaksikan majlis sumpah laknat Eskay.

Sebelum itu, ketiga-tiga ‘Datuk T’ mengerjakan solat berjemaah di masjid itu apabila mereka tiba di masjid itu kira-kira jam 4.10 petang.

Selepas majlis itu, keadaan mula kecoh apabila beberapa penyokong Pakatan Rakyat mendekati ketiga-tiga tokoh terbabit.

Ketika mereka mendekati kenderaan masing-masing untuk pulang para penyokong mulai bertindak agresif dan keadaan berjaya dikawal oleh polis dengan ketat.

Selain mendapat kawalan polis, ketiga-tiga mereka kelihatan memakai baju kalis peluru bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Mereka beredar jam 4.25 petang dengan kenderaan masing-masing.

Namun Eskay enggan memberi sebarang komen apabila dikerumuni oleh para wartawan selepas majlis itu.


Sumpah: Perlu Dilakukan Dihadapan Kadi Di Mahkamah Bukannya Di Hadapan Imam Dalam Masjid

…..Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata tidak wujud istilah sumpah dalam Islam dengan perbuatan menjunjung al-Quran tetapi cukup sekadar menyebut “Wallahi, Wabillahi, Wata’alahi”.

Beliau berkata sumpah juga perlu dilakukan di hadapan kadi di mahkamah bukan imam dan di dalam masjid.

APA ITU SUMPAH DALAM ISLAM?

Sumpah bergantung kepada niat orang yang meminta sumpah.[23]

Berdasarkan dua hadis di atas, para ilmuan terbahagi kepada dua pendapat:

  1. Orang yang tertuduh hendaklah menunggu hingga hakim meminta dia bersumpah bagi membersihkan tuduhan ke atas dirinya.
  2. Asalkan ada tuduhan, orang yang tertuduh boleh bersumpah bagi membersihkan dirinya. Dengan syarat ia diminta atau dicadangkan oleh orang yang memiliki kedudukan di sisi masyarakat atau negara, baik orang itu ialah seorang hakim atau selainnya.

Pada analisa saya, yang lebih kuat ialah pendapat yang kedua. Penjelasannya adalah seperti apa yang dikatakan oleh Muhammad bin Ismail al-Shan‘ani rahimahullah:

Kesimpulannya, sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah dalam semua perkara kecuali apabila diminta bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Maka dalam kes ini sumpah hendaklah sesuai dengan maksud orang yang meminta dia bersumpah (yakni hakim atau wakilnya). Inilah maksud hadis di atas.

Adapun apabila dia bersumpah tanpa diminta untuk bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapnya, maka sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah.

… Saya (al-Shan‘ani) berkata, tidak diketahui dari mana datangnya pembatasan (terhadap keumuman) hadis di atas kepada hakim atau wakilnya sahaja (dalam persoalan permintaan sumpah). Padahal zahir hadis menunjukkan apabila sumpah itu diminta oleh orang yang memiliki hak (yakni kedudukan dalam masyarakat atau negara), maka niat sumpah itu sesuai dengan niat orang yang memintanya (dan ini berlaku secara) mutlak.

beberapa syarat sumpah mubahalah:

  1. Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
  2. Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
  3. Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
  4. Masing-masing pihak bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya.” Pihak kedua pula bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya.”

Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalahtidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi rujukan:

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ. قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لاَ تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا, قَالاَ إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلاً أَمِينًا وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلاَّ أَمِينًا. فَقَالَ: لأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلاً أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ. فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ. فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ.

Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).

(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”

Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.”

Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.”

PERKAHWINAN PRINCE WILLIAM DAN KATE MIDDLETON - 29 APRIL 2011

WILLIAM AND KATE

CHARLES AND DIANA

Puteri Diana dan Putera Charles berkahwin pada 29 Julai 1981 di gereja St. Paul, London. Perkahwinan diraja tersebut berlangsung dengan meriah. Ribuan penduduk England dan pelancong berhimpun di sepanjang jalan dan di luar gereja untuk menyaksikan dan meraikan pasangan diraja. Perkawinan Puteri Diana dan Putera Charles mendapat liputan meluas di Televisyen seluruh dunia.

Sweet in loving memory Princess Diana (July 1, 1961–August 31, 1997), kematiannya yang agak tragis tu tak payah cerita lah, sangat sedih.Terbayang lagi cikmin, rentetan hidupnya yang dirakam, dari saat dia dia dilamar, bertunang,berkahwin,melahirkan anak2nya,bercerai,bercinta semula dan kematiannya,dari suka dan duka,liku-liku hidup yang mendiang tempuhi,jugak sebagai ikon wanita dunia,rasanya belum ada puteri raja yang sehebat mendiang, jadi kita nantikan, apakah Kate Middleton ni mampu menawan dunia seperti mendiang mak mertuanya.


LONDON, England: Putera William mengahwini Kate Middleton paca upacara gilang- gemilang di Westminster Abbey semalam sambil disaksikan oleh berbilion umat manusia di seluruh dunia.

Ia merupakan sambutan diraja terbesar di England dalam tempoh tiga dekad sejak perkahwinan ibu bapa William, Putera Charles dan mendiang Puteri Diana pada 1981.

Ribuan manusia mengibarkan bendera Union Jack di jalan-jalan raya di luar ketika kira-kira 1,900 tetamu termasuk bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi Elton John menghadiri upacara di Westminster Abbey.

Dua bilion orang – satu pertiga daripada populasi dunia — menonton putera sulung Diana mengahwini gadis biasa yang mula menjalinkan hubungan dengannya di University St Andrews, Scotland, lapan tahun lalu.

Ia merupakan upacara perkahwinan terbesar di Britain sejak perkahwinan 30 tahun lalu, sekali gus memberi peluang kepada keluarga diraja Britain memulihkan imejnya selepas perceraian penuh trauma Charles-Diana sebelum kematian tragik Diana di Paris.

Pasangan berusia 29 tahun itu akan dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, selepas Ratu Elizabeth II, nenek William, menganugerahkan gelaran itu pada sebelah pagi hari perkahwinan itu.

Saturday, April 16, 2011

AYAT-AYAT PEMBATAL SIHIR


Hari tu semasa mengikuti Kursus Kewangan di KK saya mengambil kesempatan jalan2 bersama kawan2 di Pasar Malam KK dan ternampaklah CD Ruqyah yang dah lama saya cari. CD ni saya dapat info dari www.mp3ruqyah.com bahawa CD ni baik untuk menghindari hasad dan santau. Antara kandungan CD ni ialah:

1. Surah Al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Al Baqarah (255)
4. Surah Yunus (81-82)
5. Surah Al-A'raf (117-122)
6. Surah Toha (69)
7. Surah Yaasin

Harganya RM15.90. Kata informer tu bahawa jika kita pasang CD ni malam2 di rumah tiap2 hari maka akan terhindar dari benda2 yang pelik atau makhluk2 yang tidak seharusnya berada di rumah kita. Tidak salah kan kita pasang CD ni...sebab ia pun ayat2 Quran yang kita baca selalu.

Friday, April 15, 2011

HATI ADALAH SEGALANYA

Rasulullah s.a.w besabda - Tiada lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya'
Ramai orang beria-ia menjaga tubuh badan lahiriah, tetapi berapa ramai
yang bersungguh-sungguh menjaga hati?


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

'Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)' - riwayat Abu Ya'la

'Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu' - riwayat Muslim drp Abu Hurairah.