Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Tuesday, May 31, 2011

WAJAH-WAJAH KAAMATAN

Si inai durang tangah main kulintangan...boleh tahan....classic.....

tanak wagu memukul canang...dengan pakaian tradisi dari kulit kayu

sumandak togingo




sumandak mantad membakut + kuala penyu


sumandak mantad kota belud

sumandak mantad keningau

sumazau tokou.........

batagunggu si amai......

batagunggu si inai......


Saturday, May 14, 2011

KESIHATAN HOLISTIK

New Holistik Health Cookware ini adalah satu peralatan memasak pelbagai guna. Ianya boleh merebus, mengukus, mengoreng dan memangang. Ianya boleh untuk memasak kek, roti dan biskut. Harapan saya setelah membeli peralatan ini kerja memasak saya akan lebih mudah dan cepat disamping dapat menyediakan diet yang seimbang untuk keluarga.


Apabila kita bercakap mengenai masalah kesihatan, sebagai manusia biasa kita semua inginkan kehidupan sihat dimana maksudnya tanpa penyakit. Maka kerana itu apabila ada orang memberi tahu kepada kita tentang penjagaan kesihatan, tanpa berfikir panjang kita sanggup mendapatkannya walaupun terpaksa mengeluarkan duit yang banyak. Tapi bukanlah satu kesilapan jika kita terpengaruh untuk membeli peralatan memasak yang boleh membantu kita dalam menjaga kseihatan.

Setelah mendengar ceramah mengenai penjagaan kesihatan dengan menggunakan peralatan yang betul dan baik maka tanpa ragu2 saya terus membelinya untuk kegunaan harian.

Thursday, May 12, 2011

AWAS PENIPUAN MELALUI TELEFON!


Pada 9/5/2011 jam 2.26 PM saya telah menerima satu panggilan dengan tertera di skrin HP saya iaitu 'private number'. Dengan ragu2 saya cuba menjawab panggilan sebab memang kebiasaanya saya tidak berminat untuk menjawab panggilan dari nombor yang saya tidak kenal. Oleh kerana merasa curious panggilan tanpa nombor ini maka saya pun menjawab seperti;

HP: hello.....
Private Number: adakah ini nombor 019...... suara di hujung sana
HP: ya saya, siapa yang cakap ni......
PN: Saya adalah wakil daripada Celcom dan nombor HP anda telah terangkat yang ketiga teratas menerima hadiah bertuah sebanyak RM5,000.00...
HP: 5,000.00
PN: ya....apa nama bank kamu yang ada ATM....mana2 banklah yang kamu ada.....
HP: tergamam sekejap.......
PN: hello....hello....kamu ada no ATM ke....bukan nombor PIN tapi nombor ATM.......
HP: Saya tiada ATM....saya hanya ada akaun Tabung Haji sahaja......
PN: kalau kamu ada ATM....senanglah mau masukkan wang hadiah 5,000.00 dalam mesin tanpa caj apa2....
HP: bolehkah saya percaya ini.....tanpa black and white......hanya call melalui telefon....
PN: ya kami dari Celcom.....nanti kalau kamu ambil duit di ATM mesin barulah ada black and white.....
HP: saya tak kisah semua itu....itu bukan rezeki saya.....saya tiada nombor ATM.....
PN: (nada sedikit marah).....saya tiada apa2 dengan kamu...saya wakil Celcom....mau masukkan wang hadiah melalui mesin ATM supaya kamu tidak dicaj apa2......
HP: tak payahlah.....kalau belum rezeki saya.....saya tak mau.....kalau betul itu hadiah dari celcom.....hantar saja ke alamat saya.....ada black and white.....
PN: tidak apalah kalau kamu tak mau.....assalamualaikum......ok......

Penipu betul.....mana ada senang2 orang nak masukkan wang hadiah RM5,000.00 dalam akaun kita.....lagi2 yang keluar tu 'private number'.....nampak sangat orang yang membuat panggilan itu pengecut dan penipu besar......bodoh....tapi bahasa yang digunakan adalah slang indon yang dah lama duduk di semenanjung......nasiblah si pemanggil itu....belum lagi lah saya tertipu dan belum ada rasa tamak dalam hati untuk memiliki wang 5,000.00 itu.....entah2 bila saya terlupa dan memberi nombor akaun bank kepada dia....habislah pulak duit simpanan saya dikoreknya...sorry to say....lambat lagi lah.....kalau pun nak cari rezeki janganlah dengan cara menipu dan memperdayakan orang lain. ALhamdulillah dan syukur kepada ALLAH kerana telah memberi hidayah kepada saya untuk memberikan jawapan yang negatif kepada si pemanggil.

Untuk itu....berhati2lah anda semua....jika mendapat panggilan macam ini...jangan percaya....semuanya bohong dan tipu.....dan janganlah kita beri peluang pada si pemanggil itu......

Saturday, May 7, 2011

BERWASPADA DAN JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN ORANG ASING.......


Ibu tunggal, 4 anak diratah bomoh

ROMPIN: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang mengaku dirinya bomoh bukan saja berlagak alim dengan mengajar ilmu agama songsang malah turut menjadikan seorang ibu tunggal serta tiga anak wanita terbabit sebagai tempat memuaskan nafsunya.

Selain mengajar ajaran sesat, bomoh terbabit yang dikenali dengan panggilan ‘Bapak’ juga didakwa mengaku mampu menghilangkan dosa pesakitnya melalui upacara membuang dosa dengan melakukan hubungan seks.


Difahamkan, ibu tunggal berusia 50-an berkenaan pada mulanya menemui bomoh itu di rumah lelaki terbabit di luar daerah ini pada awal Januari lalu untuk berubat selepas dimaklumkan dia mampu merawat penyakit ditanggungnya selain seorang yang alim.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipukau dikehendaki melakukan upacara pembuangan dosa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan dan dia kemudian dirogol lelaki berasal dari Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu.


Perbuatan jijik bomoh terbabit tidak berakhir di situ saja apabila selang beberapa hari kemudian, mangsa membawa suspek pulang ke rumahnya untuk mengajar ilmu agama kepada tiga anak perempuannya dan tinggal sebumbung selama hampir dua bulan.


Tindakan ibu tunggal berkenaan mengundang padah apabila tiga anak perempuannya berusia 20-an hingga 40-an turut menjadi mangsa malah empat beranak terbabit menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Johari Jahaya, berkata sepanjang tempoh berkenaan empat mangsa terbabit dirogol beberapa kali.


“Menurut kenyataan mangsa, suspek bukan saja meniduri mereka malah turut mengajar ilmu salah dan pada masa sama, mereka tidak mampu membantah kerana dipukau.

“Penderitaan mereka berakhir apabila empat beranak terbabit mula tersedar selepas menantu kepada ibu tunggal berkenaan pulang ke rumah kerana bimbangkan isterinya sudah lama tidak pulang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Katanya, menantu ibu tunggal berkenaan yang pulang bersama seorang anak lelaki mangsa terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan bertindak menangkap suspek yang ketika itu berada di rumah mereka sebelum diserahkan kepada polis.


“Suspek kini dalam tahanan polis dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


“Orang ramai khususnya kaum wanita dinasihatkan supaya tidak terlalu percaya dengan individu mengaku dirinya bomoh atau mampu mengubati penyakit dan elakkan menjalankan perubatan secara bersendirian,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial