Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, September 10, 2011

UJIAN

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Macam2 jenis ujian yang ditempuh olen makhluk yang bergelar insan. Namun sebagai seorang Islam senjata paling ampuh ialah SABAR.

1. Keluarga A dikurniakan dengan kemewahan dan kesenangan dalam hidup. Kerjaya yang mantap dan anak2 yang bijak. Semua nampak bahagia tanpa masalah kewangan dan apa juga kehendak hati pasti boleh dipenuhi. Namun bukan laluan mudah kerana 2 orang anak sakit dan perlu rawatan intensif. Tambah teruji bila seorang anak yang sakit itu meninggal dan seorang anak lagi masih sakit. Dalam menerima ujian, suami pula berkahwin lagi. Ujian......

2. Keluarga B dikurniakan sepasang anak yang comel. Suami isteri berkerjaya tanpa masalah kewangan. Anak2 dijaga bagai menatang minyak yg penuh. Oleh kerana terlalu sayangkan anak dan mahukan anak2 menjadi orang berguna maka anak2 tidak dibenarkan bergaul malah diawasi setiap hari dan hanya buku2 pelajaran menjadi teman. Apabila anak2 membesar dan bijak dalam pelajaran maka si abang berjaya menjejak kaki ke menara gading. Tingallah si adik perempuan sendirian tanpa teman bercerita dan hanya mengadap buku2 pelajaran. Walaupun menjadi pelajar terbaik di sekolah tidak nampak kegembiraan di wajah anak ini. Semakin hari tubuh badan anak ini semakin susut dan kurus tidak lalu nak makan dan jatuh sakit. Akhirnya meninggal dunia. Si ibu turut mengalami kemurungan selama lebih kurang setahun kerana meratapi pemergian si anak. Apakan daya....itulah Ujian.....

3. Keluarga C bertapak dari bawah dan akhirnya berjaya mendapat kemewahan hasil usaha. Anak2 pandai dan berkerjaya. Tapi si suami pulak mengidap bermacam2 penyakit - kencing manis, jantung, buah pinggang, hati bengkak dan terpaksa berulang alik ke Hospital. Ujian.....

4. Keluarga D rajin mencari rezeki. Hidup taklah mewah tapi tiada masalah kewangan. Anak2 dihantar belajar hingga ke Universiti dengan biaya sendiri. Tapi usia semakin meningkat anak2 masih belum berjaya mendapat pekerjaan seiring dengan Ijazah yang diperolehi. Ujian....

5. Keluarga E hidup senang kerana suami isteri berkerjaya tetapi mendapat anak yang abnormal. Ujian....

Macam2 ujian....namun ada yang mengatakan selagi kita diuji itu bererti ALLAH dekat dengan kita dan sayang dengan kita.

Apabila kita bermuhasabah diri...pasti kita dapat rasakan ujian yang sedang kita lalui.....walaupun masing2 kita tak pernah ingin meluahkan kerana ego tetapi jauh di sudut hati kita akan terdengar keluhan2 sendiri betapa kita hidup ini bukanlah 100% bahagia kerana kita tak dapat menipu diri kita sendiri. Untuk mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa ialah dengan menggingati ALLAH yakin dengan KebesaranNya dan menyerahkan segala2nya apa yang terbaik untuk kita. Percaya dengan qada dan qadar dan yakin sekali bahawa ALLAH mendengar doa kita setiap kali kita berdoa.Untuk itu sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada kerana semua itu ada hikmah disebaliknya hanya ALLAH yang tahu.