Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Friday, September 28, 2012

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah


SEKUMPULAN jemaah haji wanita meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram.




ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah.
"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.
Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi beritaAFP.
Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.
Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP


Cerita benar......betapa mustahaknya jemaah wanita itu perlu ada mahram yang bersama mereka ketika menunaikan fardhu Haji. Untuk kita mahram yang paling rapat ialah suami dan anak2 lelaki atau saudara mara lelaki yang terdekat. 


Friday, September 14, 2012

Cerita Kelakar (Bagi saya suami pandai masak itu satu bonus pada isteri....)

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandai Masak!

by MM on JULY 31, 2012

Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya.

Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan. Saat itu, seluruh anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Said menunjukkan bakat memasaknya yang didapatkan lewat pelatihan memasak di hotel. Dirinya pun terlihat dapat mengalahkan istErinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti dilansir RIA.

Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua putranya meminta ayahnya terus memasak untuk keluarga. Anak-anaknya pun menyatakan lebih menyukai masakan yang dimasak ayahnya daripada ibunya.
Meski demikian, pengadilan di Mesir terpaksa menunda proses pengadilan kedua pasangan suami isteri tersebut sampai akhir bulan Ramadan. Pengadilan berharap Nahal akan mempertimbangkan pilihannya, kerana tanpa perceraian keharmonian di keluarga Said akan tercipta.

PRINCE WILLIAM DAN ISTERI MELAWAT SABAH, MALAYSIA







Pasangan diraja Britain berlepas ke Kota Kinabalu

14/09/2012 - 18:18:23 PMCetakEmel Kawan

SEPANG: Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula semalam.

Putera William dan Catherine berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang tadi.

Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.


Semalam pasangan diraja itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana selain menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada majlis santapan diraja di Istana Negara.


Selain itu, pasangan diraja itu turut melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad dan Taman KLCC.


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.


Putera William dan Catherine dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan. - BERNAMA

Putera William berjenaka mengenai durian

14/09/2012 - 16:13:56 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke Malaysia.

Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.

Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka: "Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"


"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP