banyak jenis gila yang durang war2kan...
cantik giler...
manis giler
sedap giler
masin giler.....
tapi ada juga gila dipanggil....gila meroyan.....
gila meroyan ni mungkin seseorang tu angau atau sakit jiwa kerana terjatuh cinta atau tergila2 dengan seseorang yang tidak mungkin dapat dimiliki atau pun kerana hanya bertepuk sebelah tangan.....
untuk itu kena muhasabah diri dan sedar2kan diri agar tidak tertempias dengan gila meroyan....cermin diri dan fikir2kan....cukuplah apa yang sudah kita miliki dan bersyukurlah apa yang ada.....hak orang lain jangan lah diusik atau dilayan....fikirkan juga jika hak sendiri diusik sudah pasti gunung berapi pinatubo bisa meletus.....
gila meroyan kerana stress lepas bersalin pulak cerita lain...itu kerana kurang pengertian dan penghargaan dari seorang suami kepada isterinya .....setelah berkorban mengandung dan melahirkan zuriat penyambung warisan keluarganya.....kesian kan.....gila meroyan ni biasanya dihidapi oleh seorang perempuan yang lemah dan suci hatinya......
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara hari ini.
Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Istiadat berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.
Dr Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Turut mengangkat sumpah berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Menteri Dalam Negeri; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai Menteri Kewangan; dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, sebagai Menteri Pertahanan.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan; Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar); Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi); Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan).
Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia; Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia); Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani); dan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).
Mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Raus dan Ali.
Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pada 10 Mei lepas, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.
Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingkat.
Selepas istiadat itu, Dr Mahathir dan anggota Kabinet dijadual menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA