Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Sunday, January 2, 2011

Jamuan Makan Tok Guru

gambar hanya hiasan

Seorang Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan, orang kaya, orang berpangkat dan ternama mendapat keutamaan. Tok Guru dipingirkan. Menyedari sikap 'pilih bulu' tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan gemerlapan. Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut.Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera dengan makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah. Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaian yang mahal-mahal itu. 'Mengapa?' tanya orang ramai. Tok Guru menjawab' Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku'.

Moral of the story: Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih pentaing daripada pandangan prang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri. Dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan taqwa yang ada dalam diri.

dipetik dari M.solusi

Keldai Yang Memakai Serban


Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.
Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya. 'Assalamuaikum orang alim' sapa seorang lelaki.' Selamat datang tuan' sapa seorang yang lain. Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut. 'Tolong ajarkan kami...' pinta mereka. 'Jadilah guru kepada kami semua' 'Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami'. Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, 'bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?' Orang-orang kampung itu menjawab, hampir serentak,' kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajarkan kami'. Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya. 'Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar, sila kamu semua belajar daripadanya'. Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat 'pelajaran pertama' daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali. Ya pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Moral of the story: Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang banya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material adalah tidak tepat. Pakaian hanyalah umpama 'topeng' yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai.

dipetik dari M.Solusi

KAMUS ISTILAH


afdal - lebih baik

awla - lebih utama

bidaah - ibadah baru yang tidak dilakukan oleh Rasulullah

dalalah - sesat

empati - daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain

fuqaha - ahli-ahli fiqah

karamah - kejadian luar biasa berlaku pada diri para wali

imarah - membangunkan

khilaf - perbezaan keadaan, pendapat, pandangan atau sifat yang tidak sama antara satu daripada yang lain

khurafat - kepersayaan karut yang bertentangan dengan al Quran dan hadis

ma'unah - kejadian luar biasa pada diri orang Islam awam yang bertaqwa

mazmumah - tercela, terkeji, terhina

maghfirah - keampunan

muhasabah - perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian) untuk pembaikan diri sendiri, introspeksi

munajat - ibadat kepada Allah dengan mengheningkan diri dan hati menerusi solat, zikir, doa dan lain-lain amal ibadahdengan penuh rasa takut dan harapan

mukalaf - lelaki dan perempuan yang telah cukup umur (baligh) dan wajib ke atasnya mematuhi hukum hakam Islam

murabbi - orang yang mendidik atau mebimbing

mursyid - guru agama, pemimpin (dalam hal rohani)

nafsu amarah - nafsu yang sering mendorong kepada perbuatan jahat atau berbuat maksiat, melampiaskan syahwat dan mengelak daripada suruhan syariat

qanaah - sikap berpada-pada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada

rukhsah - kelonggaran yang diberikan syarak dalam ibadah disebabkan keadaan darurat

tabarruk - diberkati, berbahagia, selamat, sentosa

taqwa - takut atau memelihara. Taqwa zahir adalah dengan menjaga batasan syariat dan batin adalah dengan niat dan ikhlas

tasawuf - suatu disiplin yang membentuk rohani manusia dengan sifat-sifat ketuhanan dan adab-adab syariah pada zahirnya

tawaduk - tunduk kepada Allah yang hak

tazkiyatun nafs - penyucian jiwa

ujub - perasaan hairan dan bangga terhadap kelebihan yang terdapat pada diri sendiri

warak - meninggalkan perkara yang ditegah dan yang syubhah atau perkara yang diingini oleh nafsu

zuhud - kehidupan yang tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia kerana mengutamakan kepentingan akhirat

dipetik dari M.Solusi

Tujuan Ibadah Untuk Bersihkan Hati


Kualiti hati menentukan kualiti amalan;
Kuantiti amalan menentukan kualiti hati.

Seluruh amal ibadah dalam ISLAM sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.

SOLAT: Tujuan utama solat adalah untuk mengingati ALLAH. Maksud Firman Allah:"Dan dirikanlah Solat untuk mengingati Ku"(surah Taha:14)"Ingat Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri "Feeling og God in you", sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada ALLAH dalam hati.

PUASA: Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum hakam Allah. Firman Allah bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa" (Surah al-Baqarah 2:183). Taqwa itu juga letaknya di hati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan dada baginda)". Dengan sifat taqwa seseorang akan naik 'darjatnya' di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Ku ialah mereka yang bertaqwa" (surah al-hujurat:13)

ZAKAT: Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat taak, rakus dan pentingkan diri dalam hati manusia. Zakat itu kata asas yang bermaksud 'bersih'. Zakat fitrah adalah untuk 'membersihkan' diri manakala zakat harta adalah untuk 'membersihkan' harta. Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

HAJI: Ibadah Haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

KORBAN: Ibadah korban bertujuan'menyembelih' rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah s.w.t dalam al Quran 'daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah tetapi apa yang sampai ialah hati yang bertaqwa.'

Maka berhati-hatilah menjaga HATI kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan ternilai walau sedebupun sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS.

Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang sehingga lurus lidahnya.

Untuk mendapat kebaikan Islam mendidik kita agar memulakan sesuatu interaksi dan komunikasi sesama manusia dengan kebaikan, bermula dengan bersangka baik, memberikan senyuman dan memberi salam.

Hati juga umpama kebun, semaikan 'benih' rasa baik-baik, pasti kita akan menuai 'buah' kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai angin, nanti kita terpaksa menuai badai.

dipetik dari : Pahrol Mohamad Juoi - M.Solusi

Saturday, November 6, 2010

PERANAN ISTERI


Sekiranya suami mengalami krisis pertengahan usia disebabkan oleh masalah kewangan, anda sebagai isteri boleh membantunya untuk meringankan bebanan itu.

1. Kurang kan perbelanjaan:

1.1 Tentunya andalah orang yang berkuasa penuh di dalam urusan rumahtangga. Suami hanya akan memberikan duit belanja namun soal berapa banyak dan untuk apa, semuanya terletak di bahu anda. Oleh itu, cubalah untuk berjimat sebaik mungkin. Tidak kira dari segi pemakanan mahu pun barangan rumah. Sesuaikan dengan pendapatan suami abda sekarang yang sudah pun pencen dan mengharapkan duit pencen/EPF yang perlu dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

2. Cuba gembirakan hatinya:

2.1 Apabila berada di dalam sesuatu krisis, lelaki sering menjadi lebih sensitif.Jadi, sebagai isteri, cubalah mengambil hati dan mengembirakannya. Sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

3. Bersedia menerima perubahan dirinya:

3.1 Sering kali seseorang itu tidak sedar jika dirinya berubah. Sudah tentunya krisis itu akan mewujudkan perubahan sikap pada diri suami. Sebagai isteri anda perlu sentiasa cuba untuk bersikap memahami.

4. Sokong dia:

4.1 Sentiasalah tunjukkan sokongan kepadanya walau apa juga keputusan yang dibuat. Usah sekali-kali memperlekehkan keputusannya kerana ditakuti dia akan terasa anda tidak lagi menganggap dirinya terpenting. Sentiasa nyatakan kepadanya bahawa dia tetap yang terpenting bagi anda kerana ini dapat memberikan ia pemikiran positif.

Persediaan ke Dunia Persaraan


8 Perkara patut dilakukan:

1. Bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dunia persaraan.

2. Rancang apa yang ingin dilakukan setelah bersara dan dengan ini mereka telah tahu keadaan yang bakal mereka hadapi nanti. Contohnya untuk menceburi dunia penternakan lembu dan sebagainya.

3. Seeloknya anda sudah menyediakan 'platform' sebagai persediaan. Misalnya membuka perniagaan yang boleh anda jadikan sandaran setelah bersara kelak.

4. Anda harus bijak menguruskan duit pencen/KWSP. Usah terlalu mudah 'gelap mata' dan membelanjakannya melulu.

5. Berfikiran positif bahawa bersara bukan bermakna anda tidak lagi dipandang penting dalam keluarga memandangkan anda sudah tidak punya pekerjaan. Walaupun sudah tidak bekerja, anda masih boleh menyumbangkan kepada ekonomi keluarga seperti bekerja secara kontrak.

6. Usah rendah diri jika anda kini bukan lagi penyumbang ekonomi yang paling utama. Sebaliknya terima tempoh persaraan sebagai masa untuk anda berehat dan menikmati hidup setelah berpuluh tahun menghambakan diri dengan dunia perkerjaan.

7. Anda kini sudah bebas dan tidak lagi terikat dengan komitmen kerja dan ada banyak masa untuk diri sendiri.

8. Anda boleh mengabdikan diri untuk aktiviti amal dan keagamaan.

Friday, October 29, 2010

Ganjaran MEWAH sambut RAMADHAN di BAITULLAH


Rasullullah S.A.W bersabda - Kalaulah umatku tahu kelebihan RAMADHAN, masyaallah....mereka akan berdoa agar himahnya segar sepanjang tahun.

Bayangkanlah satu solat fardhu di Masjidil Haram bersamaan 100,000 pahala bersembahyang fardhu di masjid lain.

Jika anda berkesempatan ke Masjidil Haram di bulan Ramadhan lakukanlah seperti berikut;

1. bersolat 5 waktu di Masjid
2. beriktikaf
3. mengaji Quran
4. berzikir

Cabaran menunaikan Umrah di bulan Ramadhan memang kuat. Pelbagai dugaan akan menimpa.Kadangkala di Pusat Imigresen, hotel penginapan, masalah dengan agen, kesesakan jemaah, cuaca panas, kerenah jemaah yang cerewet.