Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, February 11, 2012



Subhanallah! Awan Tsunami Di Langit Alabama | Siapa kata kejadian tsunami tak boleh terjadi di langit? Dalam entri Tsunami Luar Biasa di Langit (LINK) yang lepas, penulis ada menunjukkan awanseram bewarna oren yang menyerupai tsunami dan menghiasi langit dalam satu kejadian yang agak aneh. Kali ini pula, satu lagi kejadian awan berbentuk seperti tsunami terjadi pada 16 Disember 2011 lalu di kaki langit Alabama. Tertarik dengan awan ni, seorang jurugambar mengambil gambar pelik awan tersebut dan menghantar gambar tersebut ke stesen cuaca tempatan. Paling menarik, gambar awan tsunami ini telah menjadi bualan orang diseluruh dunia. Mari kita saksikan gambar pelik awan tsunami yang aneh di Alabama ini. Nota: Alabama ialah sebuah negeri yang terletak di negara USA.

Friday, February 10, 2012

10 SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH


Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

6 PANDUAN BUAT SUAMI ISTERI


Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.

Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.

Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.

1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.

Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.

Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.

5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.

6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

AYAT2 KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:

“Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

RAHSIA KEBAHAGIAN NIK AZIZ MENTERI BESAR KELANTAN


Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.


“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.


Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.


Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012.

Monday, January 30, 2012

10 terkaya di MALAYSIA


  1. Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
  2. Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
  3. Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
  4. Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
  5. Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
  8. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
  9. Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
  10. Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
  11. Banyaknya juta-juta… senarai di atas diambil dari Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”. Bila melihat senarai tersebut dan melihat pencapaian diri sendiri, terasa amat kerdilnya! Bagaikan pipit dan enggang :)

Tapi bila melihat kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,mesti saya teringat kisahnya ketika beliau masih kecil. Di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!

Kalau itu tidak dapat memotivasikan kita, saya pun tak tahu apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Kisah dari zero menjadi hero!

Saturday, September 10, 2011

UJIAN

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Macam2 jenis ujian yang ditempuh olen makhluk yang bergelar insan. Namun sebagai seorang Islam senjata paling ampuh ialah SABAR.

1. Keluarga A dikurniakan dengan kemewahan dan kesenangan dalam hidup. Kerjaya yang mantap dan anak2 yang bijak. Semua nampak bahagia tanpa masalah kewangan dan apa juga kehendak hati pasti boleh dipenuhi. Namun bukan laluan mudah kerana 2 orang anak sakit dan perlu rawatan intensif. Tambah teruji bila seorang anak yang sakit itu meninggal dan seorang anak lagi masih sakit. Dalam menerima ujian, suami pula berkahwin lagi. Ujian......

2. Keluarga B dikurniakan sepasang anak yang comel. Suami isteri berkerjaya tanpa masalah kewangan. Anak2 dijaga bagai menatang minyak yg penuh. Oleh kerana terlalu sayangkan anak dan mahukan anak2 menjadi orang berguna maka anak2 tidak dibenarkan bergaul malah diawasi setiap hari dan hanya buku2 pelajaran menjadi teman. Apabila anak2 membesar dan bijak dalam pelajaran maka si abang berjaya menjejak kaki ke menara gading. Tingallah si adik perempuan sendirian tanpa teman bercerita dan hanya mengadap buku2 pelajaran. Walaupun menjadi pelajar terbaik di sekolah tidak nampak kegembiraan di wajah anak ini. Semakin hari tubuh badan anak ini semakin susut dan kurus tidak lalu nak makan dan jatuh sakit. Akhirnya meninggal dunia. Si ibu turut mengalami kemurungan selama lebih kurang setahun kerana meratapi pemergian si anak. Apakan daya....itulah Ujian.....

3. Keluarga C bertapak dari bawah dan akhirnya berjaya mendapat kemewahan hasil usaha. Anak2 pandai dan berkerjaya. Tapi si suami pulak mengidap bermacam2 penyakit - kencing manis, jantung, buah pinggang, hati bengkak dan terpaksa berulang alik ke Hospital. Ujian.....

4. Keluarga D rajin mencari rezeki. Hidup taklah mewah tapi tiada masalah kewangan. Anak2 dihantar belajar hingga ke Universiti dengan biaya sendiri. Tapi usia semakin meningkat anak2 masih belum berjaya mendapat pekerjaan seiring dengan Ijazah yang diperolehi. Ujian....

5. Keluarga E hidup senang kerana suami isteri berkerjaya tetapi mendapat anak yang abnormal. Ujian....

Macam2 ujian....namun ada yang mengatakan selagi kita diuji itu bererti ALLAH dekat dengan kita dan sayang dengan kita.

Apabila kita bermuhasabah diri...pasti kita dapat rasakan ujian yang sedang kita lalui.....walaupun masing2 kita tak pernah ingin meluahkan kerana ego tetapi jauh di sudut hati kita akan terdengar keluhan2 sendiri betapa kita hidup ini bukanlah 100% bahagia kerana kita tak dapat menipu diri kita sendiri. Untuk mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa ialah dengan menggingati ALLAH yakin dengan KebesaranNya dan menyerahkan segala2nya apa yang terbaik untuk kita. Percaya dengan qada dan qadar dan yakin sekali bahawa ALLAH mendengar doa kita setiap kali kita berdoa.Untuk itu sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada kerana semua itu ada hikmah disebaliknya hanya ALLAH yang tahu.