SEKUMPULAN jemaah haji wanita
meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu
Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan
memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram.
|
ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000
jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau
mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di
lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan
yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia
jemaah haji Nigeria ke Mekah.
"Apabila ditanya oleh
pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu
ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil
jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.
Kira-kira 171 jemaah haji wanita
itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh
Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi,"
kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi beritaAFP.
Satu perbincangan dua hala sedang
dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu,
tambah beliau.
Katanya, seramai 1,000 jemaah
haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP
Cerita benar......betapa mustahaknya jemaah wanita itu perlu ada mahram yang bersama mereka ketika menunaikan fardhu Haji. Untuk kita mahram yang paling rapat ialah suami dan anak2 lelaki atau saudara mara lelaki yang terdekat.
Cerita benar......betapa mustahaknya jemaah wanita itu perlu ada mahram yang bersama mereka ketika menunaikan fardhu Haji. Untuk kita mahram yang paling rapat ialah suami dan anak2 lelaki atau saudara mara lelaki yang terdekat.
No comments:
Post a Comment