Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Friday, March 8, 2013

PENCEROBOHAN DI SABAH


Apabila Sabah diceroboh (bahasa yang digunakan oleh Media) terasa betul jauh di sudut sanubari kita bahawa betapa SAYANG nya kita kepada negeri kita SABAH. Kita telah melalui kehidupan yang aman, damai dan selesa berada di bumi SABAH yang kita sayang ini. Dalam kedamaian dan kemakmuran yang kita kecapi kita juga menerima orang lain yang ingin menumpang kasih dan kesenangan di negeri kita. Kita menerima mereka macam saudara kita sendiri. Orang2 asli Sabah memang lah baik2 belaka yang terdiri dari kaum kadazan dusun, bajau, murut, rungus, bisaya dan kaum2 lain yang telah menetap di Sabah berabad2 lamanya seperti kaum cina dan jawa.

Bersyukur kita kerana SABAH dalam MALAYSIA sejak September 1963 lebih kurang 50 tahun yang lalu.

Teringat di zaman kita kecil dahulu hidup dalam keluarga yang serba kekurangan tetapi meriah dan gembira tanpa terfikirkan peperangan atau pencerobohan pihak asing. Semua kawan2 masa itu sama sahaja, semuanya hidup dalam serba serbi kurang jadi tidak timbullah perasaan dengki di antara satu dengan yang lain. Apabila musim cuti sekolah anak2 sibuk membantu keluarga di sawah dan di kebun. Tidak pernah terfikir untuk bercuti keluar negara atau dalam negara. Dalam jadual anak2 pada masa itu bila cuti sekolah ialah membantu keluarga mengumpul kayu api sebanyak mungkin untuk kegunaan keluarga apabila musim tengkujuh. Pada masa itu kita memasak menggunakan dapur kayu. Tidak ada gas atau letrik. Tapi makanan yang dimasak sungguh menyelerakan, sedap dan mengenyangkan kerana kita hanya makan makanan asas iaitu nasi, ikan dan sayur. Pada masa itu nak jumpa ayam atau daging jika ada sesuatu majlis perayaan di kampung atau orang kahwin sahaja. Semua orang kampung memelihara ayam kampung tetapi ayam hanya disembelih apabila keluarga itu mengadakan jamuan keluarga atau sambutan perayaan agama. Sehingga masing2 membesar menjadi remaja, bekerja dan berkeluarga, Kampung yang kita duduki berpuluh2 tahun dengan keluarga tetap aman walaupun masih termasuk dalam kategori miskin.

Setelah Sabah membangun mengikut peredaran masa dan ramailah orang kampung yang miskin kini menjadi kaya hasil usaha masing2 dan juga tidak dinafikan bantuan2 dari kerajaan yang memerintah mulalah kita terdengar tuntutan2 dari pihak asing mengenai tanah2 milik keturunan nenek moyang mereka yang ada di Sabah. Sehinggalah pada 9.2.2013 penceroboh telah masuk ke Sabah dengan membawa senjata melalui Kampung Tanduo di Lahad Datu. Keamanan di Sabah tergugat dan setakat tarikh ini 8 orang perwira negara gugur dan tidak dapat maklumat yang tepat berapa orang pula pihak penceroboh tewas.

Apabila kita terbaca article dalam surat khabar BERITA HARIAN:
Berdasarkan undang-undang, Sabah diserahkan kepada British (melalui perjanjian) pada 1878, manakala pungutan suara dikendali Suruhanjaya COBBOLD ditubuhkan kerajaan Biritish, membuktikan rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia pada 16 September 1963.Keputusan Suruhanjaya COBBOLD menunjukkan lebih 2 pertiga rakyat SABAH pada masa itu bersetuju negeri ini menjadi sebahagian MALAYSIA dan ia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perjanjian Sultan Sulu 1878
- Sultan Sulu menandatangani perjanjian dengan Baren de Overbeck dan Alfred Dent yang mewakili Syarikat Piagam Borneo British untuk menyerahkan hak dan kuasa selama-lamanya sebagai balasan penerimaan bayaran pampasan $5,000 dolar Malaya setahun.
- Perjanjian menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan sah sehingga akhir zaman.
- Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan &5,000 dolar Malaya, yang kemudian meningkat kepada $5,300 dolar Malaya pada 1903.
- Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
- Kawasan itu mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 1963.
- Sejak itu, Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu.

Saya ingin mengambil contoh yang mudah untuk kita faham. Beberapa ekar tanah pusaka waris dari nenek telah diserahkan kepada emak dan emak saudara. Tanah bahagian emak saudara telah dijual kepada orang luar yang kaya dan telah membina banglo yang besar di atas tanah tersebut. Walaupun tanah itu asalnya kepunyaan nenek tetapi telahpun dijual dan diserahkan kepada orang lain dan tidaklah dapat kami nak menuntutnya kecuali kalau orang itu mau menjual kembali kepada keluarga kami.

No comments:

Post a Comment