Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, May 12, 2018

KECOH...KUNUN SABAH ADA 2 KM...BETUL KAITU?

INFO DARI NETIZEN FB:
Berdasarkan peruntukkan undang-undang State Constitution of Sabah, TYT mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan terhadap dua perkara sahaja iaitu; pembubaran DUN, dan perlantikkan CM.

TYT hanya perlu berpuas hati berdasarkan pembuktian yang dip
ersembahkan terhadap beliau bahawa CM (yang dilantik) telah kehilangan keupayaan "to command the majority confidence of the members" di dalam DUN, TYT boleh melantik orang lain yang telah berjaya memiliki "command of majority confidence in the DUN" sebagai CM yang baru.

CM yang dilantik tetapi telah kehilangan command majority confidence tidak perlu meletak jawatan, sebab perlantikkan CM baru yang memiliki command of majority confidence akan secara automatic menyebabkan CM yang sebelum ini terlucut jawatannya.

Perkara ini sudah dijelaskan dan diputuskan di dalam kes Nizar vs. Zamry ketika krisis perlembagaan Perak pada PRU13


Nah...apa cerita ni? kita yang palui ni hanya mengikuti perkembangan semasa dan perlu sentiasa mendapat info supaya celik berita terkini...bukankah begitu?



Upacara Angkat Sumpah KM Sabah Selepas PRU-14:

Tan Sri Datuk Sri Panglima Haji Musa Aman - 10.5.2018

Datuk Sri Haji Mohd.Shafie Apdal - 12.5.2018

Thursday, May 10, 2018

ANGKAT SUMPAH PM BAHARU


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam ini.
Dr Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun.

Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir dikurniakan surat cara perlantikan oleh Sultan Muhammad V, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia.
Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam, Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.
Pada PRU ini, Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan memperoleh majoriti 8,893 undi menewaskan penyandang daripada Barisan Nasional, Datuk Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad dalam pertandingan tiga penjuru.


KEPUTUSAN PRU-14 - DIUMUMKAN PADA KIRA2 KUL 3 PAGI 10.5.2018


Keputusan PRU14 telah pun diumumkan dan buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang
  • Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
    Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak.






Friday, April 27, 2018

PRU 14 - 090518 (RABU)



PILIHAN RAYA UMUM KE-14 


setelah lama berteka teki........


taklah murah sangat.......


jom mengundi........




kerana Rabu adalah hari bekerja maka 9 Mei 2018 diisytiharkan Cuti Umum......

Sunday, July 13, 2014

Sunday, March 10, 2013

LA TAHZAN - DON'T BE SAD - JANGAN BERSEDIH

itulah tajuk buku yang saya beli semasa berkunjung ke Carrefour Wangsa Maju pada 2/3/2013 yang lalu. Buku Motivasi terlaris lain dari yang lain (begitulah iklan yang dipaparkan dalam buku ini).

Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian. Karangan oleh DR. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI yang dialih bahasa oleh MOHD SOFWAN AMRULLAH.

Bertafakur dan bersyukurlah
Tujuannya ialah supaya anda mengingat segala nikmat  dan kurnia yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t kepada anda - nikmat yang meliputi dari atas kepala hingga ke bawah tapak kaki anda.
'Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak dapat mengiranya'
Kesihatan tubuh badan, keamanan dalam negara,makanan, pakaian,udara dan air bersih.

Friday, March 8, 2013

PENCEROBOHAN DI SABAH


Apabila Sabah diceroboh (bahasa yang digunakan oleh Media) terasa betul jauh di sudut sanubari kita bahawa betapa SAYANG nya kita kepada negeri kita SABAH. Kita telah melalui kehidupan yang aman, damai dan selesa berada di bumi SABAH yang kita sayang ini. Dalam kedamaian dan kemakmuran yang kita kecapi kita juga menerima orang lain yang ingin menumpang kasih dan kesenangan di negeri kita. Kita menerima mereka macam saudara kita sendiri. Orang2 asli Sabah memang lah baik2 belaka yang terdiri dari kaum kadazan dusun, bajau, murut, rungus, bisaya dan kaum2 lain yang telah menetap di Sabah berabad2 lamanya seperti kaum cina dan jawa.

Bersyukur kita kerana SABAH dalam MALAYSIA sejak September 1963 lebih kurang 50 tahun yang lalu.

Teringat di zaman kita kecil dahulu hidup dalam keluarga yang serba kekurangan tetapi meriah dan gembira tanpa terfikirkan peperangan atau pencerobohan pihak asing. Semua kawan2 masa itu sama sahaja, semuanya hidup dalam serba serbi kurang jadi tidak timbullah perasaan dengki di antara satu dengan yang lain. Apabila musim cuti sekolah anak2 sibuk membantu keluarga di sawah dan di kebun. Tidak pernah terfikir untuk bercuti keluar negara atau dalam negara. Dalam jadual anak2 pada masa itu bila cuti sekolah ialah membantu keluarga mengumpul kayu api sebanyak mungkin untuk kegunaan keluarga apabila musim tengkujuh. Pada masa itu kita memasak menggunakan dapur kayu. Tidak ada gas atau letrik. Tapi makanan yang dimasak sungguh menyelerakan, sedap dan mengenyangkan kerana kita hanya makan makanan asas iaitu nasi, ikan dan sayur. Pada masa itu nak jumpa ayam atau daging jika ada sesuatu majlis perayaan di kampung atau orang kahwin sahaja. Semua orang kampung memelihara ayam kampung tetapi ayam hanya disembelih apabila keluarga itu mengadakan jamuan keluarga atau sambutan perayaan agama. Sehingga masing2 membesar menjadi remaja, bekerja dan berkeluarga, Kampung yang kita duduki berpuluh2 tahun dengan keluarga tetap aman walaupun masih termasuk dalam kategori miskin.

Setelah Sabah membangun mengikut peredaran masa dan ramailah orang kampung yang miskin kini menjadi kaya hasil usaha masing2 dan juga tidak dinafikan bantuan2 dari kerajaan yang memerintah mulalah kita terdengar tuntutan2 dari pihak asing mengenai tanah2 milik keturunan nenek moyang mereka yang ada di Sabah. Sehinggalah pada 9.2.2013 penceroboh telah masuk ke Sabah dengan membawa senjata melalui Kampung Tanduo di Lahad Datu. Keamanan di Sabah tergugat dan setakat tarikh ini 8 orang perwira negara gugur dan tidak dapat maklumat yang tepat berapa orang pula pihak penceroboh tewas.

Apabila kita terbaca article dalam surat khabar BERITA HARIAN:
Berdasarkan undang-undang, Sabah diserahkan kepada British (melalui perjanjian) pada 1878, manakala pungutan suara dikendali Suruhanjaya COBBOLD ditubuhkan kerajaan Biritish, membuktikan rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia pada 16 September 1963.Keputusan Suruhanjaya COBBOLD menunjukkan lebih 2 pertiga rakyat SABAH pada masa itu bersetuju negeri ini menjadi sebahagian MALAYSIA dan ia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perjanjian Sultan Sulu 1878
- Sultan Sulu menandatangani perjanjian dengan Baren de Overbeck dan Alfred Dent yang mewakili Syarikat Piagam Borneo British untuk menyerahkan hak dan kuasa selama-lamanya sebagai balasan penerimaan bayaran pampasan $5,000 dolar Malaya setahun.
- Perjanjian menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan sah sehingga akhir zaman.
- Kesultanan Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan &5,000 dolar Malaya, yang kemudian meningkat kepada $5,300 dolar Malaya pada 1903.
- Borneo Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
- Kawasan itu mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 1963.
- Sejak itu, Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu.

Saya ingin mengambil contoh yang mudah untuk kita faham. Beberapa ekar tanah pusaka waris dari nenek telah diserahkan kepada emak dan emak saudara. Tanah bahagian emak saudara telah dijual kepada orang luar yang kaya dan telah membina banglo yang besar di atas tanah tersebut. Walaupun tanah itu asalnya kepunyaan nenek tetapi telahpun dijual dan diserahkan kepada orang lain dan tidaklah dapat kami nak menuntutnya kecuali kalau orang itu mau menjual kembali kepada keluarga kami.