Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Friday, January 4, 2013

COOLBLOG

 customer yang kreatif buat resepi sendiri......akhirnya minuman yang dihasilkan berwarna warni dan menarik...........

 happy blog ......minuman untuk kanak2.......



telah dibuka pada 25/10/2012

Top management dan artis coolblog Heliza Helmi


kalau tak suka ice blended boleh minta ice blog jer......pun sedap.......












PEMANDANGAN YANG MENARIK

 betapa damainya suasana.....bayangkan anda duduk di salah satu batu dan bermain2 air....terasa sunyinya.......dan mengamit kehidupan masa silam.......


 end of the road?

 mendamaikan hati


jemaah Haji yang pergi melontar.........Biasanya disebelah bawah itu untuk jemaah yang bersaiz besar dan di sebelah atas pula untuk jemaah dari Asia  termasuk Malaysia yang bersaiz kecil.......


 cantiknya lokasi Masjid ini dibina.....Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang terletak di Likas

 sesuai pada yang suka main2 air

 kehidupan budak2 kampung yang tidak takut dengan cabaran.....yang apabila dewasa mereka inilah yang berani menjadi tukang2 membuat bangunan yang tinggi kerana dari kecil mereka sudah lali dengan ketinggian....anak2 di bandar duduk berdepan dengan komputer atau ipad dari pagi sampai ke malam.......sanggupkah anda melihat anak2 anda bermain macam budak2 dalam gambar ini?.....kalau saya....awal2 dah kecut perut dibuatnya......



 femona alam yang terjadi di negara eropah....gambar diambil oleh anak yang tinggal di Glasgow
satu lagi kebesaran ALLAH.......


 macam telur di hujung tanduk

 cantiknya pemandangan ini.....apa tah lagi kalau kita berpeluang mandi manda di bawah pulau batu itu.......

 TERCANTIK.....semoga berpeluang lagi ke sana.......


kreatif

PELIK KAH?

 buah pokok ini macam buah dada wanita




 pokok macam monster


apakah pokok2 ini direkabentuk oleh pengukir yang mahir......

mungkin pokok ini diukir.......

mungkin pokok kaktus....biasalah kan

 tengok betul2........macam perempuan sedang menari


buah selebat ini kah......

kadang2 ada baiknya juga kita melayari internet.....boleh jumpa macam2 yang pelik. Sama ada ianya direkabentuk oleh tangan manusia atau memang benda tu memang wujud tak dapatlah nak dipastikan. Apa2 pun jika ianya benar2 wujud, itulah dia kebesaran ALLAH yang mencipta makhluknya.

Friday, September 28, 2012

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah


SEKUMPULAN jemaah haji wanita meninggalkan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mallam Aminu Kano sebaik sahaja mereka tiba dari Jeddah pada Rabu. Mereka tidak dibenarkan memasuki Mekah kerana tidak ditemani oleh mahram.




ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah.
"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.
Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi beritaAFP.
Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.
Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP


Cerita benar......betapa mustahaknya jemaah wanita itu perlu ada mahram yang bersama mereka ketika menunaikan fardhu Haji. Untuk kita mahram yang paling rapat ialah suami dan anak2 lelaki atau saudara mara lelaki yang terdekat. 


Friday, September 14, 2012

Cerita Kelakar (Bagi saya suami pandai masak itu satu bonus pada isteri....)

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandai Masak!

by MM on JULY 31, 2012

Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya.

Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan. Saat itu, seluruh anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Said menunjukkan bakat memasaknya yang didapatkan lewat pelatihan memasak di hotel. Dirinya pun terlihat dapat mengalahkan istErinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti dilansir RIA.

Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua putranya meminta ayahnya terus memasak untuk keluarga. Anak-anaknya pun menyatakan lebih menyukai masakan yang dimasak ayahnya daripada ibunya.
Meski demikian, pengadilan di Mesir terpaksa menunda proses pengadilan kedua pasangan suami isteri tersebut sampai akhir bulan Ramadan. Pengadilan berharap Nahal akan mempertimbangkan pilihannya, kerana tanpa perceraian keharmonian di keluarga Said akan tercipta.

PRINCE WILLIAM DAN ISTERI MELAWAT SABAH, MALAYSIA







Pasangan diraja Britain berlepas ke Kota Kinabalu

14/09/2012 - 18:18:23 PMCetakEmel Kawan

SEPANG: Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula semalam.

Putera William dan Catherine berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang tadi.

Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.


Semalam pasangan diraja itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana selain menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada majlis santapan diraja di Istana Negara.


Selain itu, pasangan diraja itu turut melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad dan Taman KLCC.


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.


Putera William dan Catherine dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan. - BERNAMA

Putera William berjenaka mengenai durian

14/09/2012 - 16:13:56 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke Malaysia.

Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.

Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka: "Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"


"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP


Saturday, March 17, 2012

KERJA TAK BAGUS MANA..........

Jangan ambil amah Indonesia

KERENAH birokrasi pemerintah Indonesia dalam urusan penghantaran pembantu rumah mendorong ada pihak menyarankan pengambilan amah dari negara lain. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) rela menarik balik pengambilan amah dari Indonesia jika pemerintah republik itu bertegas mengenakan syarat baharu yang membebankan majikan-majikan di Malaysia.

Pemangku Presidennya, Jeffrey Foo berkata, tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 dianggap tidak masuk akal.

"Jika keputusan itu benar-benar hendak diambil, kami tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan... takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman yang menyatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Kalau diambil untuk menjadi tukang masak, pembantu rumah tidak dibenarkan menjadi pengasuh bayi.