Di antara penyakit-penyakit hati yang merbahaya dan sifatnya yang membinasakan lagi, ialah sombong bongkak, yang biasanya hanya disifati oleh para syaitan yang terkutuk.
Bersabda Rasulullah s.s.w, ALLAH berfirman: Tidak akan memasuki syurga, orang yang terdapat di hatinya seberat zarrah (atom) dari sifat sombong'.
Barang siapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orangnya yang sombong terkutuk.
Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antara tanda-tandanya, iaitu:
1) Merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain.
2) Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3) Minta dikedepankan di majlis2 keramaian.
4) Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
5) Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
6) Tidak mengendahkan nasihat atau teguran orang.
7) Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah.
8) Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.
9) Suka memuji-muji diri.
10) Bermegah dengan datuk nenek yang kenamaan atau yang ahli agama.
11. Bermegah dengan keturunan.
Semua tanda2 ini menunjukkan sifat takabbur yang amat tercela dan buruk, yang kerap menimpa setengah2 anak2 orang baik,yang tidak mempunyai pandangan jauh dan cetek pula ilmu pengetahuannya mengenai selok-belok agama.
dipetik dari buku nasihat agama dan wasiat iman
ingatlah....
Siapa pun kita, tak kira kita ni kaya atau miskin, cantik atau hodoh, ingatlah! kita ni hanya insan biasa, hormatilah ketua kita dan bukalah mata luas2 bahawa jika anda rasa anda ada kuasa, anda harus ingat ada lagi yang lebih berkuasa dari anda. Muhasabah diri anda......jika terasa diri telah menganiaya atau telah memutuskan silaturrahim, ingatlah balasan ALLAH amatlah pedih, takut2 nanti jika anda tidak bertaubat, ditutup pintu hati dan hati itu akan menjadi hitam....menyesal pun tak guna. Sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya itu amatlah makbul. Tidak sekarang, tetapi tahun2 yang mendatang anda akan mendapat balasan yang setimpal.