Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, February 6, 2010

9 pesanan buat suami


1. Fahamilah isteri anda. Janganlah cepat menghukum jika dia membuat kerenah. Anda perlu sedar, semua yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.
2. Isteri merupakan makhluk yang dijadikan ALLAH dengan fizikal yang lemah. Oleh yang demikian, selalulah membantu kerja isteri anda dan tidak membebankan dengan kerja yang berat.
3. Sentiasalah mencari jalan menghibur hati isteri dengan bercerita sesuatu yang menghidupkan jiwa, memberi pengisian iman, memberi ilmu yang mendidik dan sekali sekala membawa dia bersiar-siar. Luangkan masa bersama-sama mendidik anak2. Sesekali tidak salah jika membantunya memasak, membasuh dan lain-lain kerja dengan penuh rasa tanggungjawab.
4. Janganlah berkecil hati atau terlalu berkira atau cerewet terhadap isteri jika kurang mendapat layanan istemewa. Anda perlu faham bahawa isteri anda sibuk menguruskan rumah, melayani anak, memasak, membasuh pakaian dan mungkin ditambah dengan bebanan kerja jika sekiranya dia seorang yang bekerja.
5. Jika isteri anda keletihan atau sakit, bantulah merawatnya dan senangkan hatinya.
6. Di kala isteri anda bersedih hiburkanlah dengan kata-kata yang menceriakan atau menenangkan. Jika fikiran isteri berserabut dengan masalah, ingatkanlah dengan janji-janji ALLAH atau ajaklah keluar untuk merehatkan fikirannya.
7. Kalau isteri bermasalah dalam mendidik anak2 atau rumah tangga bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian.
8. Di kala isteri anda melayan dengan layanan yang istemewa, ucapkan lah terima kasih dan hargailah khidmatnya itu. Panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH yang mengurniakan seorang isteri yang istemewa untuk diri anda.
9. Berakhlak dan berilah layanan yang terbaik kepada isteri anda. Sabda Rasulullah SAW:
"Orang Mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling berakhlak dan bersikap lembut terhadap isterinya".

dipetik dari majalah MIDI

No comments:

Post a Comment