Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Sunday, January 31, 2010

Lapan Cara Pilih Pasangan Hidup


1. Serasi - dari segi fahaman, aktiviti kegemaran , makanan dan sebagainya.
2. Seorang yang mudah meberikan kerjasama
3. Seorang yang tidak tinggal solat.
4. Carilah pasangan di tempat bersesuaian.
5. Sertai pelbagai aktiviti di tempat kerja atau luar.
6. Hubungi rakan lama.
7. Minta ibubapa carikan pasangan hidup.
8. Berdoa kepada Tuhan - jika ada dua atau tiga pilihan lakukanlah solat istikharah.


Ketinggian Peribadi Muslimah - Sifat-Sifat Positif VS Sifat-Sifat Negatif


Sifat-Sifat Positif:

1. Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan.
2. Menyempurna tugas dan amanah.
3. Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.
4. Berilmu dan berpengalaman luas.
5. Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.
6.Sedia berkorban.
7. Berlumba-lumba membuat kebajikan.
8. Kemas dalam pakaian pemikiran dan tindakan.
9. Bersifat penyayang.
10. Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran.
11. Bertimbang rasa tetapi tegas.
12. Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan.
13. Taat setia dan patuh pada arahan.
14. Bersyukur dalam menghadapi tindakan.
15. Bersih daripada sifat dengki.
16. Bertanggungjawab dan sedia berbakti.
17. Jimat cermat dalam segala aspek.
18. Tertib dan baik budi bicara.
19. Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas.
20. Cekal menghadpi cabaran.
21. Bekerjasama dan saling hormat menghormati.
22. Berani dan berpendirian teguh.

Sifat-Sifat Negatif:

1. Selalu berpura-pura dalam setiap tindakan.
2. Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk.
3. Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat.
4. Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan.
5. Gopoh dalam bertindak.
6. Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan.
7. Mungkir janji.
8. Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain.
9. Pemarah dan tidak sabar.
10. Khianat dalam melaksanakan tugas.
11. Berdendam serta hasad dengki.
12. Bersungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri.
13. Suka membangkang tanpa cadangan untuk membaiki.
14. Mementingkan diri sendiri.
15. Lembab dan malas berusaha.
16. Pengotor dan selekeh dalam pembawaan.
17. Tidak boleh dipercayai dan amanah.
18 Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri.
19. Suka membuat janji palsu.
20. Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.

dipetik dari majalah nur



Kelebihan Air Zam Zam - Mukjizat 5000 tahun yang silam.


- Air terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
- Air yang diberkati dan boleh mengenyangkan peminumnya.
- Air zam-zam menyempurnakan hasrat peminumnya.
- Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.
- Air zam-zam menjadi salah satu tanda-tanda kekuasaan ALLAH di tanah Haram.
- Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi.
- Telaga zam-zam air yang diplih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Meminum air zam-zam merupakan tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.


20 AMALAN MURAH REZEKI



1. Menyempatkan Diri Beribadah.
2. Memperbanyakkan Istighfar.
3. Tinggalkan Perbuatan Dosa.
4. Sentiasa Ingat ALLAH.
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain.
8. Banyak Berselawat.
9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak.
10. Berpagi-Pagi.
11. Menjalin Silaturrahim.
12. Melazimi Kekal Berwuduk.
13. Bersedekah.
14. Membiasakan Diri Solat Malam (Tahajud).
15. Membiasakan Diri Solat Dhuha.
16. Bersyukur Kepada ALLAH.
17. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu. (zikir asma'ul husna, at- taubah 128-129, al-waqiah)
18, Berdoa.
19. Berikhtiar Sehabisnya.
20. Bertawakal.


Info


SAHABAT

* Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
* Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
* Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
* Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Cantiknya wanita;

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.


Ingat....

Setiap kali diselubungi rasa sedih, bimbang atau tertekan, pengeluaran hormon stress yang dikenali sebagai cortisol akan meningkat. Apabila ia terjadi, degupan jantung semakin laju dan aturan nafas akan mulai tidak menentu. Jika gagal mengawal rasa marah atau tertekan, kesannya anda akan mudah rasa letih dan tidak bermaya.


Siapakah orang yang bahagia?


Orang yang bahagia itu akan selalu:

1. menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.

2. menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.

3. menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.

4. menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.

5. menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.

6. menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

dipetik dari majalah MIDI


Saturday, January 30, 2010

Senjata orang mukmin ialah Doa

Doa 1 - Ertinya: 'Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui'.

Doa 2 - Ertinya: 'Allahuma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah; dan aku berlindung pada Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.'

Jika kita baca doa2 di atas InsyAllah hati akan menjadi tenang dan rasa dilindungi penuh yakin.

Antara doa2 yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak2 mereka menjadi orang yang diredai Allah iaitu:
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah:128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran:38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan:74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim:40

dipetik dari majalah MIDI