Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, November 6, 2010

PERANAN ISTERI


Sekiranya suami mengalami krisis pertengahan usia disebabkan oleh masalah kewangan, anda sebagai isteri boleh membantunya untuk meringankan bebanan itu.

1. Kurang kan perbelanjaan:

1.1 Tentunya andalah orang yang berkuasa penuh di dalam urusan rumahtangga. Suami hanya akan memberikan duit belanja namun soal berapa banyak dan untuk apa, semuanya terletak di bahu anda. Oleh itu, cubalah untuk berjimat sebaik mungkin. Tidak kira dari segi pemakanan mahu pun barangan rumah. Sesuaikan dengan pendapatan suami abda sekarang yang sudah pun pencen dan mengharapkan duit pencen/EPF yang perlu dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

2. Cuba gembirakan hatinya:

2.1 Apabila berada di dalam sesuatu krisis, lelaki sering menjadi lebih sensitif.Jadi, sebagai isteri, cubalah mengambil hati dan mengembirakannya. Sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

3. Bersedia menerima perubahan dirinya:

3.1 Sering kali seseorang itu tidak sedar jika dirinya berubah. Sudah tentunya krisis itu akan mewujudkan perubahan sikap pada diri suami. Sebagai isteri anda perlu sentiasa cuba untuk bersikap memahami.

4. Sokong dia:

4.1 Sentiasalah tunjukkan sokongan kepadanya walau apa juga keputusan yang dibuat. Usah sekali-kali memperlekehkan keputusannya kerana ditakuti dia akan terasa anda tidak lagi menganggap dirinya terpenting. Sentiasa nyatakan kepadanya bahawa dia tetap yang terpenting bagi anda kerana ini dapat memberikan ia pemikiran positif.

Persediaan ke Dunia Persaraan


8 Perkara patut dilakukan:

1. Bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menempuh dunia persaraan.

2. Rancang apa yang ingin dilakukan setelah bersara dan dengan ini mereka telah tahu keadaan yang bakal mereka hadapi nanti. Contohnya untuk menceburi dunia penternakan lembu dan sebagainya.

3. Seeloknya anda sudah menyediakan 'platform' sebagai persediaan. Misalnya membuka perniagaan yang boleh anda jadikan sandaran setelah bersara kelak.

4. Anda harus bijak menguruskan duit pencen/KWSP. Usah terlalu mudah 'gelap mata' dan membelanjakannya melulu.

5. Berfikiran positif bahawa bersara bukan bermakna anda tidak lagi dipandang penting dalam keluarga memandangkan anda sudah tidak punya pekerjaan. Walaupun sudah tidak bekerja, anda masih boleh menyumbangkan kepada ekonomi keluarga seperti bekerja secara kontrak.

6. Usah rendah diri jika anda kini bukan lagi penyumbang ekonomi yang paling utama. Sebaliknya terima tempoh persaraan sebagai masa untuk anda berehat dan menikmati hidup setelah berpuluh tahun menghambakan diri dengan dunia perkerjaan.

7. Anda kini sudah bebas dan tidak lagi terikat dengan komitmen kerja dan ada banyak masa untuk diri sendiri.

8. Anda boleh mengabdikan diri untuk aktiviti amal dan keagamaan.

Friday, October 29, 2010

Ganjaran MEWAH sambut RAMADHAN di BAITULLAH


Rasullullah S.A.W bersabda - Kalaulah umatku tahu kelebihan RAMADHAN, masyaallah....mereka akan berdoa agar himahnya segar sepanjang tahun.

Bayangkanlah satu solat fardhu di Masjidil Haram bersamaan 100,000 pahala bersembahyang fardhu di masjid lain.

Jika anda berkesempatan ke Masjidil Haram di bulan Ramadhan lakukanlah seperti berikut;

1. bersolat 5 waktu di Masjid
2. beriktikaf
3. mengaji Quran
4. berzikir

Cabaran menunaikan Umrah di bulan Ramadhan memang kuat. Pelbagai dugaan akan menimpa.Kadangkala di Pusat Imigresen, hotel penginapan, masalah dengan agen, kesesakan jemaah, cuaca panas, kerenah jemaah yang cerewet.

Thursday, October 28, 2010

(E-CODES) PRODUK MAKANAN YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI.

E100,E110,E120,E140,E141,E153
E210,E213,E214,E216,E234,E270,E280
E325,E326,E327,E334,E335,E336,E337
E422,E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440
E470,E471,E472,E473,E474,E475,E476,E477,E478
E481,E482,E483,E491,E492,E493,E494,E495
E542,E570,E572
E631,E653,E904,E902

Sila rujuk di setiap label makanan sebelum anda membelinya. Jika terdapat nombor2 seperti yang tertera di atas, itu bermakna makanan tersebut mengandungi lemak babi. Sebagai seorang muslim kita kenalah peka dan sensitif dengan isu2 seperti ini.

Tuesday, October 12, 2010

PUASA SUNAT


Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan semata-mata mengharapkan balasan dan keampunan daripada ALLAH S.W.T. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa saja jika ada keupayaan, kecuali pada hari2 yang dilarang dan dimakruhkan berpuasa.

Jenis2 Puasa Sunat:

1. Puasa enam. Seseorang itu bolehlah berpuasa sehari sesudah Hari Raya Puasa. Sama ada dikerjakan secara berturut2 atau tidak, tetapi hendaklah dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja.

2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 hari bulan hingga 8 hari bulan bulan Zulhijjah.

3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 hari bulan Zulhijjah. Orang yang sedang mengerjakan ibadah haji lebih baik berpuasa pada hari itu.

4. Puasa pada 9 hari bulan bulan Muharam.

5. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10hari bulan Muharram.

6. Puasa pada bulan Rejab, beberapa hari yang kuasa.

7. Puasa sepanjang bulan Syaaban kecuali pada hari syak iaitu30 hari bulan Syaaban.

8. Puasa pada tiap2 hari Isnin dan Khamis.

9. Puasa tiga hari pada tiap2 hari bulan Qamariah.

10. Puasa pada 14,14 dan 15 hari bulan Qamariah (Hijrah).

11. Puasa berselang-selang hari iaitu sehari berpuasa kemudian berbuka pula, demikianlah seterusnya.


Hari-Hari Yang Dilarang Berpuasa

1. Hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) pada 1 hari bulan Syawal.

2. Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji) pada 10 hari bulan Zulhijjah.

3. Pada tiga hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 hari bulan Zulhijjah.

4. Pada hari syak (hari yang diragui antara 30 hari bulan Syaaban atau sudah masuk hari bulan Ramadhan.


Hari-Hari Yang Makruh Berpuasa

1. Berpuasa pada hari Jumaat sahaja hukumnya adalah makruh, tetapi kalau kita berpuasa berturut2 dimulai sehari sebelum Jumaat atau diteruskan sehari sesudah hari Jum,aat maka hukumnya mubah 9boleh) kita berpuasa pada hari jumaat itu. Begitu juga boleh berpuasa pada hari jumaat itu sekiranya kita berpuasa berselang-selang (seperti puasa Nabi Daud) dan kebetulan puasa itu jatuh pada hari jumaat.

2. Pada hari Sabtu sahaja makruh juga mengerjakan puasa. Tetapi kalau sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya kita berpuasa berturut2 boleh berpuasa padanya. Begitu juga jika kita berpuasa berselang-seli kebetulannya jatuh pada hari Sabtu bolehlah kita berpuasa pada hari itu.


HIKMAH PUASA

1. Puasa itu dapat melahirkan perasaan ingin tolong menolong antara satu sama lain, kasih sayang terhadap fakir miskin, anak2 yatim dan orang yang melarat hidupnya serta menginsafi akan kesusahan mereka itu yang pernah menderita kelaparan berhari2 lamanya.

2. Puasa itu boleh melatih diri supaya bersifar sabar, kuat dan tahan menderita menghadapi segala cabaran, kesusahan dan kesengsaraan yang mendatang menimpa diri.

3. Puasa itu melatih diri supaya bersifat amanah.

4. Puasa itu menyihatkan badan dan melatih diri supaya berdisiplin.

5. Puasa itu adalah sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana telah menurunkan nikmatNya dan pemberianNya yang tidak terhingga.

6. Puasa itu menguatkan iman kepada ALLAH kerana iman kepadaNya menyebabkan kita menahan diri daripada segala keinginan syahwat pada siang hari dalam bulan puasa.

7. Puasa itu adalah untuk mendidik jiwa mentaati segala suruhan ALLAH.

8. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan itu dengan ikhlas dan betul2 mengharapkan keampunan daripada ALLAH akan diampuni ALLAH dosa2nya yang lalu.

9. Puasa itu menumbuhkan jiwa keikhlasan pada diri orang yang berpuasa.

10. Puasa itu melatih diri supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan ALLAH) iaitu yang dapat menahan diri daripada keinginan nafsu keduniaan.

11. Puasa itu menginsafkan diri bahawa kita ini adalah hamba ALLAH yang lemah disisiNya.

12. Puasa itu menjaga diri supaya tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.

13. Puasa itu memperkuat kekuatan fikiran dan memperkuat kekuatan penglihatan mata hati (basirah).

Monday, October 11, 2010

DOA UNTUK DIAMALKAN OLEH KAUM WANITA



Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya ALLAH
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliaharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berikanlah aku kesabaran menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya ALLAH
Sekiranya suamiku ini ditakdir bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya ALLAH
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAH, sesungguhnya
Aku lemah tanpa petun jukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu


Ya ALLAH
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya ALLAH ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya ALLAH Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasehi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa di hati


Amin...Amin...Ya Rabbal Allamin.........




Thursday, September 23, 2010

KASIH SAYANG



Punca Kasih SayangSemakin Sirna atau pupus:

1. Tidak mendengar nasihat pasangan.
2. Menyesal berkahwin dengan pasangan.
3. Sukar untuk mendoakan pasangan.
4. Kurang Ajar dengan pasangan.
5. Gangguan orang ketiga.
6. Masuk campur keluarga.
7. Masalah seksual.
8. Kerana sihir.

Untuk Mengekal Kasih Sayang:

1. Bersyukur anda ada pasangan.
2. Fahami perbezaan pasangan dan cari 15 persamaan dengan pasangan
anda.
3. Maintain sifat lama atau yang asal.
4. Jadikan pasangan anda kawan yang paling akrab (soul partner).



Sunday, May 23, 2010

MENGERTILAH........


Fahami dan mengertilah akan segala keadaan yang sedang menimpa pasangan anda, baik dalam keadaan senang, kekecewaan, putus asa atau segala situasi sukar sekalipun. Jangan sesekali memburukkan suasana hatinya atau pun menyalahkannya ketika dia mengalami nasib buruk. Dengan cinta dan kesetiaan anda, maka anda berupaya membangkitkan semangat pasangan anda untuk keluar dari permasalahan yang sedang dihadapinya. Jangan meninggalkan dia dan tetaplah setia bersamanya, maka pasangan anda akan semakin mencintai anda, kerana andalah yang selalu berada di sisinya, untuk selalu menyejukkan hatinya.

MW

Friday, April 2, 2010

3 individu saling berkait.


Syurga anak lelaki di telapak kaki ibunya, manakala syurga seorang isteri adalah di telapak kaki suaminya.

Setiap anak lelaki yang beriman wajib tahu tanggungjawabnya menghormati dan mendahului ibunya daripada isterinya. Ibu adalah wanita yang melahirkan dan membesarkannya sehingga dewasa. Isteri pulak masuk dalam keluarganya hanya apabila suaminya telah menjadi seorang lelaki dewasa yang berdikari dan punya pendapatan sendiri.Seorang isteri yang baik dan beriman akan sentiasa menperingatkan suaminya akan tanggungjawab kepada ibunya. Hormati ibu jika ia masih hidup dan kirimkan doa jika ia sudah meninggal dunia. Isteri tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri lantas menghasut atau menghalang suaminya dari menjalankan kewajipannya sebagai seorang anak kepada ibunya. Ingatlah...tidak akan wujud seorang suami jika bukan kerana seorang ibu. Seorang suami yang baik dan beriman menghormati ibunya dan mencintai isterinya. Sifat seorang suami ialah lembut tetapi tegas, walaupun isterinya seorang yang berkedudukan, kaya atau cantik sekalipun itu bukanlah alasan suami harus tunduk dan melupakan jawatan yang dipegangnya iaitu Ketua Keluarga. Suami harus tahu tanggungjawab asas kepada isterinya iaitu menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian sekadar yang ia mampu. Jika berkelebihan, tidak salah berbelanja untuk isterinya. Suami kenalah bersabar dengan sikap isteri dan jika sikap isteri sudah melampaui wajarlah ditegur secara islamik. Jika isteri tetap berdegil, tinggalkan dia sehingga keadaan kembali tenang. Jauhilah dari memukul isteri kerana tindakan terburu2 ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Setiap isteri yang beriman wajib tahu tanggungjawabnya mentaati dan menghormati suaminya. Selepas diijab kabul suami akan menyerahkan MAS KAWIN kepada isteri dan lantas isterinya mencium tangan suaminya. Apakah ianya sekadar adat dan cuma untuk diambil gambar kenangan? Isteri yang baik dan beriman seharus tahu bahawa mencium tangan suami selepas ijab kabul maka bermulalah tanggungjawabnya mentaati dan menghormati suami tidak kira suaminya itu miskin, hodoh atau kulikang. Isteri bukan saja taat dan hormat pada suaminya, malah hormat kepada semua keluarga suaminya. Isteri seharus menghargai dan bersyukur apa jua yang disediakan oleh suami. Apabila terjadinya perselisihan faham di antara suami isteri, cukuplah dengan pertengkaran mulut yang tidak menyentuh perasaan mana2 pihak . Tidak akan masuk syurga jika suami tidak redha dan memaafkan perbuatan isteri yang melampau. Seorang isteri yang ingat hari akhirat, sepatutnya sentiasa meminta maaf kepada suaminya tidak kira dia ada membuat kesalahan apatah lagi jika ia sentiasa berkasar dengan suaminya.

Seorang ibu yang baik dan beriman akan sentiasa memaafkan kesilapan anak lelakinya apatah lagi jika ia telah beristeri. Mungkin pernah perasaannya terhiris dengan tingkah laku anak dan menantunya, tetapi jika seorang ibu yang ikhlas menyayangi anak lelakinya, maka akan dimaafkan anaknya itu seikhlas dan sesuci hatinya kerana jika ibu terus memendam perasaan kecil hati kepada anak lelakinya itu, nescaya kehidupan anaknya tidak akan mencapai kebahagiaan yang total dalam hidupnya.

Untuk itu di antara anak lelaki, ibu dan isteri adalah 3 orang yang saling berkait bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kukuhkanlah silaturrahim antara anak lelaki, ibu dan isteri.

Bukan bermakna, seorang bapa itu tidak layak dihormati. Tetapi selepas menghormati ibu 3 kali barulah jatuh kepada bapa. Seorang anak lelaki yang baik dan beriman akan sentiasa menghormati dan menyayangi ibu dan bapanya. Doa bapa juga cepat dimakbulkan seperti doa seorang ibu.

JIKA SUAMI TIADA, ISTERI JANGAN TERGODA


Benarlah tegahan ALLAH S.W.T supaya manusia jangan dekati zina, dekat saja tidak boleh apatah lagi memberi peluang dan membuka jalan. Jadi apakah jalan2 ke arah zina itu supaya suami orang dan isteri orang boleh menjauhinya?

1. PAKAIAN:
Aurat merupakan satu tarikah yang merangsang berahi. Hanya orang bodoh yang menyatakan pakaian tiada kaitan langsung dengan jiwa dan nafsu seorang manusia. Sesungguhnya pakaian menunjukkan maruah seseorang.

2. PANDANGAN:
Dari mata turun ke hati. Jaga penahan syaitan jangan sampai tembus ke jantung anda. Tunduk bukan bererti mata lihat ke bawah saja, tapi pandang tanpa syahwat dan jika datang berahi cepat lari dari sesuatu yang dipandang.

3. PERHIASAN:
Gaya berhias boleh memikat sesiapa yang bersama anda. Jangan berlebihan bagai hendak menarik perhatian kepada bukan pasangan anda.

4. PERKATAAN:
Yang manis, halus, lembut, berinti pujuk rayu hanya milik suami anda seorang. Bukan untuk lelaki lain.

5. WANGIAN:
Sekadar menghilangkan bau badan, jika berlebihan, seorang isteri diancam takkan mencium bau syurga.

Jika lelaki dan wanita boleh mengelakkan diri dari lima jalan syaitan ini, takkan mungkin mereka terbabit dalam kekejian perzinaan.

Monday, March 29, 2010

WHAT MONEY CAN BUY?



A BED BUT NOT SLEEP
BOOKS BUT NOT BRAINS
FOOD BUT NOT APPETITE
FINERY BUT NOT HOME
MEDICINE BUT NOT HEALTH
LUXURIES BUT NOT CULTURE

YOU CAN BUY A HUSBAND OR WIFE BUT NOT A SOUL PARTNER

7 DON'T AFTER A MEAL


1. merokok (seolah2 10 batang sekali hisap)
2. makan buah-buahan (banyak acid)
3. minum teh
4. do not loosen your belt
5. do not bathe
6. do not walk (difficult to digest)
7. do not SLEEP

SIKAP


Pemikiran POSITIF

* bertenaga
* sistem badan sempurna
* sihat
* cepat pulih
* wajah menawan
* awet muda
* orang sayang

Pemikiran NEGATIF

* cepat penat
* sistem badan terganggu
* mudah sakit
* lambat pulih
* wajah hodoh
* cepat tua
* orang benci

WARNA WARNI KEHIDUPAN

Yellow

Green

Blue

Red

GREEN - good growth and leader for family, piase (warak), love adventure (sentiasa berkasih sayang).

BLUE - sentimental, romantic, sensitive (peka), detailed (cerewet), good communication (PR).

YELLOW - willing to take new challenge, good at sale function, likes night aktivities (very social).

RED - good luck for family, warm personality, always think of sex.


Sunday, February 21, 2010

Kurang Belas kasihan


Adapun perasaan kurang rahmat dan belas kasihan terhadap kaum muslimin, maka yang demikian itu menunjukkan kerasnya hati, kejam, bengis dan ganas. Semua sifat2 itu adalah dicela dan buruk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: ertinya -
"Tunjukkanlah belas kasihan terhadap orang2 yang di muka bumi, nescaya Tuhan yang dilangit akan membelas kasihanimu. Berbelas kasihanilah, nescaya anda dibelas kasihani pula. Sesungguhnya Allah merahmati para hambaNya yang bersifat belas kasihan'.
"Perasaan belas kasihan itu tidak akan dicabut, melainkan daripada orang yang jahat".

Sombong Bongkak


Di antara penyakit-penyakit hati yang merbahaya dan sifatnya yang membinasakan lagi, ialah sombong bongkak, yang biasanya hanya disifati oleh para syaitan yang terkutuk.
Bersabda Rasulullah s.s.w, ALLAH berfirman: Tidak akan memasuki syurga, orang yang terdapat di hatinya seberat zarrah (atom) dari sifat sombong'.

Barang siapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orangnya yang sombong terkutuk.

Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antara tanda-tandanya, iaitu:
1) Merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain.
2) Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3) Minta dikedepankan di majlis2 keramaian.
4) Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
5) Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
6) Tidak mengendahkan nasihat atau teguran orang.
7) Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah.
8) Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.
9) Suka memuji-muji diri.
10) Bermegah dengan datuk nenek yang kenamaan atau yang ahli agama.
11. Bermegah dengan keturunan.
Semua tanda2 ini menunjukkan sifat takabbur yang amat tercela dan buruk, yang kerap menimpa setengah2 anak2 orang baik,yang tidak mempunyai pandangan jauh dan cetek pula ilmu pengetahuannya mengenai selok-belok agama.

dipetik dari buku nasihat agama dan wasiat iman

ingatlah....
Siapa pun kita, tak kira kita ni kaya atau miskin, cantik atau hodoh, ingatlah! kita ni hanya insan biasa, hormatilah ketua kita dan bukalah mata luas2 bahawa jika anda rasa anda ada kuasa, anda harus ingat ada lagi yang lebih berkuasa dari anda. Muhasabah diri anda......jika terasa diri telah menganiaya atau telah memutuskan silaturrahim, ingatlah balasan ALLAH amatlah pedih, takut2 nanti jika anda tidak bertaubat, ditutup pintu hati dan hati itu akan menjadi hitam....menyesal pun tak guna. Sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya itu amatlah makbul. Tidak sekarang, tetapi tahun2 yang mendatang anda akan mendapat balasan yang setimpal.

Sunday, February 14, 2010

LIMA KEBAIKAN DARIPADA LIMA SUMBER


Saidina Umar al-khattab r.a berkata:
" Aku telah perhatikan semua sahabat, maka tidak aku lihat sahabat yang lebih baik daripada memelihara lidah".
"Aku telah perhatikan semua pakaian, maka tidak aku tahu pakaian yang lebih baik daripada warak".
"Aku telah perhatikan semua harta, maka tidak aku lihat harta yang lebih baik daripada Qanaah".
"Aku telah lihat semua kebaikan, maka tidak aku lihat kebaikan yang lebih baik daripada nasihat".
"Aku telah perhatikan semua makanan, maka tidak aku lihat makanan yang lebih lazat dari sabar".



Saturday, February 6, 2010

Kabahagian sejati bukan mustahil dinikmati


Sesunguhnya kebahagiaan itu tidak perlu kita cari. Kita hanya perlu menanamkan kesedaran dan menikmati apapun yang sedang kita lakukan. Dengan demikian, kita akan menemukan kebahagian itu saat itu juga.

Sikap yang harus dibentuk:
1. Sabar. Semua yang kita kerjakan dan usahakan memerlukan waktu dan kesabaran.
2. Besar hati. Kita harus dapat menerima semua kegagalan dengan tenang dan besar hati.
3. Tabah. Kita harus selalu tabah dalam menempuh masa-masa sukar. Percayalah ia pasti berlalu.
4. Tidak berputus asa. Apabila kita mengalami suatu kegagalan yang membuat kita sedih, jangan terlalu mengikut perasaan sedih.Sebaliknya terus berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.
5. Galilah dan temukanlah kebahagiaan dalam diri kita sendiri. Jangan selalu mencari kebahagiaan semu (iaitu harta benda, populariti,nama baik, harga diri, kekuasaan dll), kerana kebahagiaan semu tersebut sifatnya sementara dan besar kemungkinannya akan membuat kita sengsara.

9 pesanan buat suami


1. Fahamilah isteri anda. Janganlah cepat menghukum jika dia membuat kerenah. Anda perlu sedar, semua yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.
2. Isteri merupakan makhluk yang dijadikan ALLAH dengan fizikal yang lemah. Oleh yang demikian, selalulah membantu kerja isteri anda dan tidak membebankan dengan kerja yang berat.
3. Sentiasalah mencari jalan menghibur hati isteri dengan bercerita sesuatu yang menghidupkan jiwa, memberi pengisian iman, memberi ilmu yang mendidik dan sekali sekala membawa dia bersiar-siar. Luangkan masa bersama-sama mendidik anak2. Sesekali tidak salah jika membantunya memasak, membasuh dan lain-lain kerja dengan penuh rasa tanggungjawab.
4. Janganlah berkecil hati atau terlalu berkira atau cerewet terhadap isteri jika kurang mendapat layanan istemewa. Anda perlu faham bahawa isteri anda sibuk menguruskan rumah, melayani anak, memasak, membasuh pakaian dan mungkin ditambah dengan bebanan kerja jika sekiranya dia seorang yang bekerja.
5. Jika isteri anda keletihan atau sakit, bantulah merawatnya dan senangkan hatinya.
6. Di kala isteri anda bersedih hiburkanlah dengan kata-kata yang menceriakan atau menenangkan. Jika fikiran isteri berserabut dengan masalah, ingatkanlah dengan janji-janji ALLAH atau ajaklah keluar untuk merehatkan fikirannya.
7. Kalau isteri bermasalah dalam mendidik anak2 atau rumah tangga bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian.
8. Di kala isteri anda melayan dengan layanan yang istemewa, ucapkan lah terima kasih dan hargailah khidmatnya itu. Panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH yang mengurniakan seorang isteri yang istemewa untuk diri anda.
9. Berakhlak dan berilah layanan yang terbaik kepada isteri anda. Sabda Rasulullah SAW:
"Orang Mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling berakhlak dan bersikap lembut terhadap isterinya".

dipetik dari majalah MIDI

Skandal Cinta Sepejabat


Trend baru di kalangan orang berkerjaya!

Cinta boleh datang pada penghujung usia. Biasanya cinta orang tua lebih teruk dari 'cinta monyet'.Malang lagi sekiranya cinta kedua ini boleh menghancurkan rumahtangga yang telah dibina sejak sekian lama.
"Kalau isteri di rumah pandai menjaga keanggunan diri dan bijak pula memikat suami - menerusi masakan, kekemasan rumah, pujukan, urutan dan sebagainya - minat suami untuk bercinta di luar rumah boleh dikurangkan atau mungkin tiada langsung" InsyaAllah.......

dipetik dari majalah MIDI

Wednesday, February 3, 2010

Kelebihan Tauge.....


Tauge lambang kesuburan! Lelaki yang makan tauge akan membuat spermanya 'berisi'.Kemungkinan ini sebahagian daripada cerita dan mitos semata-mata. Tetap penelitian ada menunjukkan tauge mempunyai khasiat yang lebih hebat daripadaitu.
Sayuran tauge, sama ada tauge kacang hijau, tauge kacang soya atau tauge alfalfa,mengandungi banyak senyawa fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya kanavanin (canavanine), jenis asid amino bahan penyusuan arginin yang paling banyak tersimpan di dalam tauge alfalfa. Kanavin, dikatakan mampu melumpuhkan pertumbuhan kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Bagaimana pahitnya hubungan anda suami isteri, berusahalah supaya tidak berpisah.


Tip jaga hati suami:
1. Puji dia selalu.
2. Bila dia bercakap dengar dan diam
3. Jangan dilawan tetapi boleh memberi pendapat yang tidak menyingung.
4. Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.
5. Selalu kata -"Ada apa-apa yang abang tak berkenan hari ini," walaupun tahu semuanya okey.
6. Jangan merajuk kalau dia diam saja atau tak puji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjukkan kasih sayang.
7. Ikut semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama.
8. Ringankan bebannya seperti tolong bayar bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya.
9. Hadiahkan dia sesuatu.
10. Hantar SMS berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali.
11. Bergurau selalu.
12. Pastikan anda sentiasa wangi.
13. Kalau suami pernah buat salah jangan ungkit-ungkit.

Tip jaga hati isteri:
1. Wanita seronok dipuji, maka pujilah selalu tentang apa-apa saja; masakannya, pakaiannya,wajahnya, perilakunya dan sebagainya.
2. Hadiahkan sesuatu yang sangat2 diingininya.
3. Bantu dia di dapur.
4. Jangan cerita fasal bekas teman wanita padanya.
5. Jangan puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani.
6. Sesekali hantar mesej cinta padanya.
7. Eloklah jangan ada skandal.
8. Kalau boleh tak usah poligami kecuali isteri setuju.
9. Peluk isteri sekitar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Sekadar bersalaman pun memadai.
10. Berdoa dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang solehah dan anda pun mahu jadi soleh.



Tuesday, February 2, 2010

12 makanan turunkan paras kolesterol

Makan kismis boleh menghilangkan rasa lapar dan seterusnya boleh menjadikan berat badan yang ideal.
Pucuk jambu batu boleh juga dibuat ubat jika terkena cirit birit.

Ketahuilah olehmu bahawa kolesterol yang tinggi itu boleh menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Untuk mengelakkan ianya terjadi maka eloklah anda2 semua makan :
Oat
Epal
Jambu batu
Tempe
Kacang Tanah
Soya
Kuaci
Mangga
Ikan Tuna
Limau nipis
Buah kering
Kismis

Ciku


Ciku Boleh Dibuat Ubat
Kandungan zat mineral yang terdapat di dalam ciku memang tidak boleh dinafikan. Di dalam 100grm buah ciku masak terkandung 9mg kalsium, 74g air, 24g karbohidrat, 198mg kalium, 3.0g serabut, 0.5g protein, 24g karbohidrat dan 29mg vitamin C dan 85 IU vitamin A. Dalam perubatan tradisional, ciku dikatakan mampu merawat masalah buasir atau membuang air berdarah. Caranya ialah dengan menumbuk lumat buah ciku yang belum cukup tua dengan garam dan sedikit air panas. Kemudian, makan. Seelok-eloknya, makanlah sebelum sarapan pagi. Bagi yang bermasalah untuk membuang air kecil, hancurkan biji ciku dan dicampurkan dengan sedikit air dan gula,kemudian telan. Akan tetapi, jangan ambil terlalu banyak kerana biji ciku bersifat toksid dan boleh memudaratkan jika terlebih makan.



Jambu Batu, Guava atau Biabas


Jambu Batu Kurangkan kolesterol
Ketahuilah bahawa jambu batu mengandungi pektin iaitu sejenis serabut larut yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam darah terutamanya kolesterol tidak baik iaitu LDL. Selain itu, jambu batu turut mengandungi vitamin C, B dan tanin. Bagi yang ada masalah cirit birit, kunyah dan telan daun jambu muda. Manakala, air rebusan daun jambu boleh diminum untuk mengatasi bengkak dalam perut, selesma dan untuk merendam kaki yang bengkak.

Monday, February 1, 2010

Laughter, the best malaysian


Clean Mind:
Q: whose mind is cleaner? a man's mind or a woman's mind?
A: A woman's mind is cleaner because she changes it all the time!

Three-ring Circus:
They say that marriage ia a three-ring circus:
- engagement ring
- wedding ring
- suffering

Positions in the house:
Joe: In my house, my wife is the minister of home affairs.
Lu: That's nothing! my wife has been the speaker of the house for the past twenty years.

Mother's Hope:
A mother may hope that her daughter will get a better husband than she did, but she knows her son will never get as good a wife as his father did!

Seven Ages Of Marriage Cold:
1st year - The husband says"Oh sayang, I'm really worried about those nasty sniffles you have. Come and let me keep you warm as I tuck you in bed".
2nd year-"'Listen, sweetie,I don't like the sound of the cough. I called Dr. Sataha and she's going to stop by and take a look at you. Why don't you just go to bed and get the rest you need?".
3rd year- "Maybe you better go lie down, darling.When you feel lousy you need to rest. Where is the canned soup?"
4th year- "No use working so hard. When you finish cooking and washing those dishes and seeing to the children's bath, get them to bed, and you ought to get to bed yourself while I watch the late show"
5th year- "Why don't you take some aspirins or some pain killers?"
6th year- You go and gargle or something or call your mother on the phone instead of barking like a dog."
7th year- For goodness' sake, STOP sneezing. Are you trying to give me pneumonia? You'd better pick some tissues while you are at the supermarket."

dipetik dari buku laughter the best malaysian.


Tip atau Petua Kecantikan?


8 tip mengekalkan kecantikan:

1. Solat
2. Bersenam
3. Banyak minum air.
4. Senyum
5. Berfikiran positif
6. Sangka baik
7. Ikhlas
8. Makanan tambahan


Info

Ini gambar langsat..untuk hiasan saja...he he he.....

Limau Purut Legakan Migrin:
Nama saintifik bagi limau purut ialah citrushystrix. Limau ini lebih kurang macam limau lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit. Ia dikatakan dapat melegakan migrin, merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Dari sudut kecantikan, asid Sitrik (AHA) yang terkandung di dalamnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.Vitamin B dan C serta potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah.

Khasiat Kacang Hijau:
Sangat sedap jika dibuat pengat atau aneka kuih muih lain. Apa pula khasiatnya dari sudut perubatan? Kacang hijau bersifat 'menyejukkan'. Ia bagus untuk hati, berkhasiat membantu menghilangkan kepanasan dalam badan dan menurunkan kolesterol.

Rapatkan diri anda dengan OREN:
Oren sangat padat dengan vitamin C, mengandungi kalsium,potasium juga vitamin A dan secara praktis tidak mengandungi sodium. Oren ialah sumber yang baik untuk serat diet dan selaput putihnya kaya dengan pektin yang dapat membantu mengurangkan kolesterol darah. Sebaik-baiknya setiap orang harus makan sebiji oren sehari.
Oren juga merupakan sumber asid folik ketika anak-anak tidak mengambil sayuran hijau yang mencukupi.
Ulasan oren mengandungi lebih banyak vitamin C dibandingkan dengan bahagian lain buah itu. Tanpa ulasan, sebiji oren berukuran sedang menyediakan kira-kira 66 mg vitamin C, 100 peratus daripada keperluan diet setiap orang dewasa.
Oren harus disimpan di dalam peti sejuk untuk mengawetkan vitamin C yang dikandungnya.



Utamakan Kasih Sayang


AL-Aqra' bin Habis hairan melihat Nabi SAW mencium anak perempuannya. Ia berkata, 'Aku punya sepuluh anak, tapi tak seorang pun yang aku cium'. Nabi SAW bersabda: 'Mungkin Tuhan mencabut kasih sayang dari hatimu. Barang siapa tidak menyayangi, maka ia tidak disayangi'.

Oleh itu kita jangan meremahkan kasih sayang walaupun hanya melakukan perbuatan yang kecil sekalipun.
Dalam sebuah hadis, Abu Zar r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepada saya: Janganlah remehkan suatu kebaikan, walau sekadar menghadapi teman dengan muka yang manis.' (HR Muslim)

dipetik dari majalah hidayah


Sunday, January 31, 2010

Lapan Cara Pilih Pasangan Hidup


1. Serasi - dari segi fahaman, aktiviti kegemaran , makanan dan sebagainya.
2. Seorang yang mudah meberikan kerjasama
3. Seorang yang tidak tinggal solat.
4. Carilah pasangan di tempat bersesuaian.
5. Sertai pelbagai aktiviti di tempat kerja atau luar.
6. Hubungi rakan lama.
7. Minta ibubapa carikan pasangan hidup.
8. Berdoa kepada Tuhan - jika ada dua atau tiga pilihan lakukanlah solat istikharah.


Ketinggian Peribadi Muslimah - Sifat-Sifat Positif VS Sifat-Sifat Negatif


Sifat-Sifat Positif:

1. Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan.
2. Menyempurna tugas dan amanah.
3. Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.
4. Berilmu dan berpengalaman luas.
5. Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.
6.Sedia berkorban.
7. Berlumba-lumba membuat kebajikan.
8. Kemas dalam pakaian pemikiran dan tindakan.
9. Bersifat penyayang.
10. Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran.
11. Bertimbang rasa tetapi tegas.
12. Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan.
13. Taat setia dan patuh pada arahan.
14. Bersyukur dalam menghadapi tindakan.
15. Bersih daripada sifat dengki.
16. Bertanggungjawab dan sedia berbakti.
17. Jimat cermat dalam segala aspek.
18. Tertib dan baik budi bicara.
19. Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas.
20. Cekal menghadpi cabaran.
21. Bekerjasama dan saling hormat menghormati.
22. Berani dan berpendirian teguh.

Sifat-Sifat Negatif:

1. Selalu berpura-pura dalam setiap tindakan.
2. Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk.
3. Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat.
4. Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan.
5. Gopoh dalam bertindak.
6. Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan.
7. Mungkir janji.
8. Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain.
9. Pemarah dan tidak sabar.
10. Khianat dalam melaksanakan tugas.
11. Berdendam serta hasad dengki.
12. Bersungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri.
13. Suka membangkang tanpa cadangan untuk membaiki.
14. Mementingkan diri sendiri.
15. Lembab dan malas berusaha.
16. Pengotor dan selekeh dalam pembawaan.
17. Tidak boleh dipercayai dan amanah.
18 Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri.
19. Suka membuat janji palsu.
20. Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan.

dipetik dari majalah nur



Kelebihan Air Zam Zam - Mukjizat 5000 tahun yang silam.


- Air terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
- Air yang diberkati dan boleh mengenyangkan peminumnya.
- Air zam-zam menyempurnakan hasrat peminumnya.
- Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.
- Air zam-zam menjadi salah satu tanda-tanda kekuasaan ALLAH di tanah Haram.
- Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi.
- Telaga zam-zam air yang diplih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
- Meminum air zam-zam merupakan tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.


20 AMALAN MURAH REZEKI



1. Menyempatkan Diri Beribadah.
2. Memperbanyakkan Istighfar.
3. Tinggalkan Perbuatan Dosa.
4. Sentiasa Ingat ALLAH.
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain.
8. Banyak Berselawat.
9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak.
10. Berpagi-Pagi.
11. Menjalin Silaturrahim.
12. Melazimi Kekal Berwuduk.
13. Bersedekah.
14. Membiasakan Diri Solat Malam (Tahajud).
15. Membiasakan Diri Solat Dhuha.
16. Bersyukur Kepada ALLAH.
17. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu. (zikir asma'ul husna, at- taubah 128-129, al-waqiah)
18, Berdoa.
19. Berikhtiar Sehabisnya.
20. Bertawakal.


Info


SAHABAT

* Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
* Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
* Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
* Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Cantiknya wanita;

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.


Ingat....

Setiap kali diselubungi rasa sedih, bimbang atau tertekan, pengeluaran hormon stress yang dikenali sebagai cortisol akan meningkat. Apabila ia terjadi, degupan jantung semakin laju dan aturan nafas akan mulai tidak menentu. Jika gagal mengawal rasa marah atau tertekan, kesannya anda akan mudah rasa letih dan tidak bermaya.


Siapakah orang yang bahagia?


Orang yang bahagia itu akan selalu:

1. menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.

2. menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.

3. menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.

4. menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.

5. menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.

6. menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

dipetik dari majalah MIDI


Saturday, January 30, 2010

Senjata orang mukmin ialah Doa

Doa 1 - Ertinya: 'Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui'.

Doa 2 - Ertinya: 'Allahuma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah; dan aku berlindung pada Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.'

Jika kita baca doa2 di atas InsyAllah hati akan menjadi tenang dan rasa dilindungi penuh yakin.

Antara doa2 yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak2 mereka menjadi orang yang diredai Allah iaitu:
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah:128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran:38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan:74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim:40

dipetik dari majalah MIDI