Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Wednesday, March 25, 2020

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID19 dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020

Peningkatan jumlah positif COVID19 memaksa kerajaan melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dua minggu lagi iaitu sehingga 14 April 2020. Berita ini diterima dengan reda dan patuh demi memutuskan rantaian jangkitan COVID19.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Tujuan pelanjutan ini adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Namun selepas pengumuman tersebut ada beberapa kata kunci yang trending di media sosial iaitu 14 April dan juga Ramadan.

Pengguna media sosial kebanyakan risau sekirannya akan berlaku pelanjutan selepas tarikh tersebut sekali gus tidak dapat merasai nikmat menyambut Ramadan.

Saturday, March 21, 2020

COVID19

Setakat hari ini 21mac Malaysia telah mencatat 8 kematian akibat korono virus ini.....

Semoga tiada lagi kematian akibat serangan virus ini....cukup lah angka itu bertahan sampai ia menjadi sejarah......Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang....kesihanilah bumi Malaysia dari serangan virus ini ya ALLAH.........

Pandemik COVID-19 2019-20, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).[3][4] Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[5] Sehingga 20 Mac, lebih daripada 246,000 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000 pulih.[6] Pada 13 Mac WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemik.[7]
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.[8][9][10] Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerim tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.[11] Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.[10][12] Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas.[10][12] Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan simtom dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.[9][10][13]
Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, dan penutupan kemudahan. Ini termasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara ItaliSepanyolPerancisRepublik Czech, dan Jerman,[14][15] langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan,[16][17][18] pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk,[19][20] saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api,[21] dan nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti.[22][23][24][25][26] Sekolah dan universiti ditutup sama ada secara nasional atau tempatan di sekurang-kurangnya 115 buah negara, yang menjejaskan lebih daripada 1.6 bilion pelajar.[27]
Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global,[28] penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan dan kesukanan,[29] serta kekurangan bekalan di pelbagai sektor termasuk farmaseutikal, elektronik, dan makanan.[30][31] Kesan negatif termasuk maklumat palsu dalam talian dan teori konspirasi mengenai virus,[32][33] xenofobia dan perkauman, dan pembelian panik keperluan asas.[34] Beberapa pengulas telah menyifatkan pandemik ini sebagai peristiwa global terbesar sejak Perang Dunia II.[35][36]

CORONA VIRUS ATAU RINGKASNYA COVID19

Pada mulanya penyakit ini dikesan di Wuhan China....seakan2 SARS sejenis penyakit yang menyerang sistem pernafasan. Semua negara termasuk Malaysia mengambil sikap hati2 apabila melancung ke China....semakin lama penyakit ini semakin merisaukan China termasuk negara2 yang lainnya.....mereka mula memantau kemasukan pelancung dari China dan mengadakan sekatan untuk pemeriksaan suhu di Lapangan Terbang.
Corona Virus mula memasuki negara2 seperti  Jepun Hong Kong dan Filipina......dan kini ia telah menjelajah hingga ke Malaysia tanah airku yang tercinta. Apabila ramai jumlah positif COVID19 kerisauan mula melanda dan Sabah satu2nya negeri dalam Malaysia menyekat kemasukan pelancung dari China. Pada ketika korona ini mengembangkan sayapnya di Malaysia....krisis politik pula melanda dan tumpuan kepada korona teralih.....pertukaran kerajaan baharu....pelantikan PM yang baharu dan pembentukan kabinet baharu.....mengambil sedikit masa tapi korona sudah mula liburan di Malaysia.....satu demi satu kes dijumpai dan sehingga penguatkuasaan kawalan pergerakan ....STAY AT HOME........MULAI 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020 dilakukan sebagai pencegahan penularan virus ini.

Kronologi COVID-19 di Malaysia





KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 Januari
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.
24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.
25 Januari
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.
26 Januari
-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.
27 Januari
-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.
28 Januari
-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.
29 Januari
-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.
30 Januari
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
31 Januari