Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, February 26, 2011

Rumah Tradisional

Rumah Perak
Rumah Negeri Sembilan

Rumah Kelantan

Rumah kaum cina

Rumah kaum dusun di Sabah (ada kesamaan dengan rumah keluarga di sekitar tahun 60).

Rumah kaum Murut di Sabah

Rumah kaum bisaya di Sabah

Rumah Kaum Bidayuh di Sarawak

Rumah kaum Berunai di Sabah

Rumah kaum Bajau (Sama) di Sabah

Rumah Tradisional amat menarik dan mempunyai seni yang tersendiri. Dibesarkan di kalangan masyarakat kaum kadazan di daerah Membakut saya juga mempunyai pengalaman bertahun2 tinggal di rumah yang berbentuk tradisional. Beratapkan daun rumbia dan mempunyai ruang tamu terbuka yang agak luas. Di keliling ruang tamu yang terbuka ini dibina tempat duduk daripada papan untuk tetamu yang berkunjung. Rumah kami pada zaman itu mempunyai 2 bilik tidur dan ruang keluarga. Di belakang terletak dapur yang sederhan besarnya untuk memasak dan keluarga menjamu selera. Oleh kerana bapa dari keturunan cina maka rumah kami ada meja bulat dan 'stool' tempat duduk untuk makan. Oleh kerana adik beradik ramai kami biasanya akan membentangkan tikar mengkuang dan makan bersama.Ruang tamu terbuka yang luas juga digunakan untuk menyidai pakaian apabila hari hujan. Oleh kerana atap diperbuat daripada daun rumbia maka tidak pula terasa panas di siang hari tapi agak sejuk pada waktu malam. Apabila pintu rumah dibuka pada waktu pagi maka kelihatan nun jauh di sana bukit bukau dimana terletaknya kebun getah dan kebun buah2an orang2 kampung.Di halaman rumah di tanam dengan pokok2 bunga. Beberapa meter di hadapan terbentang sawah padi kepunyaan keluarga. Di sawah itulah keluarga kami menanam padi. Di sebelah rumah pulak ditanam bermacam2 jenis sayur seperti kacang panjang, timun, terung, sawi dan tomato. Bapa juga ada menanam kacang tanah, keledek dan keladi. Walaupun telah beberapa tahun berlalu namun kenangan tinggal di rumah kampung masih segar dalam ingatan malah masih boleh mengingati aktiviti2 keluarga pada masa itu. Di antaranya yang paling seronok ialah bergotong royong dengan orang2 kampung menuai padi dan membersih kebun yang terletak nun jauh di perbukitan. Tapi kenangan manis ini hanya disimpan dalam kotak fikiran saja sebabnya pada masa itu keluarga kami belum mampu untuk membeli sebuah kamera. Untuk itu sebagai meluahkan rasa rindu dengan rumah2 kampung maka saya mencari2 dalam google untuk tatapan kita bersama.

No comments:

Post a Comment