Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Friday, September 14, 2012

PRINCE WILLIAM DAN ISTERI MELAWAT SABAH, MALAYSIA







Pasangan diraja Britain berlepas ke Kota Kinabalu

14/09/2012 - 18:18:23 PMCetakEmel Kawan

SEPANG: Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula semalam.

Putera William dan Catherine berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang tadi.

Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.


Semalam pasangan diraja itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana selain menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada majlis santapan diraja di Istana Negara.


Selain itu, pasangan diraja itu turut melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad dan Taman KLCC.


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.


Putera William dan Catherine dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan. - BERNAMA

Putera William berjenaka mengenai durian

14/09/2012 - 16:13:56 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Putera William hari ini menyatakan bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasai buah berkenaan sempena lawatannya ke Malaysia.

Pewaris takhta Britain dan isterinya, Catherine dihidangkan ‘Raja Buah’ berkenaan ketika jamuan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus tiba untuk lawatan empat hari ke negara ini, semalam.

Namun, ketika jamuan makan tengah hari bersama eksekutif perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini, beliau sempat berjenaka: "Saya suka menyatakan bahawa makan tengah hari yang dihidangkan cukup lazat, saya bersyukur tidak melihat durian dalam senarai menu,"


"Selepas merasainya semalam, saya khuatir dengan keselamatan orang yang saya temui selepas itu," katanya hingga menyebabkan lebih 1,000 tetamu termasuk tokoh perniagaan ketawa besar. - AFP


No comments:

Post a Comment