Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Tuesday, October 12, 2010

PUASA SUNAT


Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan semata-mata mengharapkan balasan dan keampunan daripada ALLAH S.W.T. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa saja jika ada keupayaan, kecuali pada hari2 yang dilarang dan dimakruhkan berpuasa.

Jenis2 Puasa Sunat:

1. Puasa enam. Seseorang itu bolehlah berpuasa sehari sesudah Hari Raya Puasa. Sama ada dikerjakan secara berturut2 atau tidak, tetapi hendaklah dikerjakan dalam bulan Syawal sahaja.

2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 hari bulan hingga 8 hari bulan bulan Zulhijjah.

3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 hari bulan Zulhijjah. Orang yang sedang mengerjakan ibadah haji lebih baik berpuasa pada hari itu.

4. Puasa pada 9 hari bulan bulan Muharam.

5. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10hari bulan Muharram.

6. Puasa pada bulan Rejab, beberapa hari yang kuasa.

7. Puasa sepanjang bulan Syaaban kecuali pada hari syak iaitu30 hari bulan Syaaban.

8. Puasa pada tiap2 hari Isnin dan Khamis.

9. Puasa tiga hari pada tiap2 hari bulan Qamariah.

10. Puasa pada 14,14 dan 15 hari bulan Qamariah (Hijrah).

11. Puasa berselang-selang hari iaitu sehari berpuasa kemudian berbuka pula, demikianlah seterusnya.


Hari-Hari Yang Dilarang Berpuasa

1. Hari raya Aidilfitri (Hari Raya Puasa) pada 1 hari bulan Syawal.

2. Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji) pada 10 hari bulan Zulhijjah.

3. Pada tiga hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 hari bulan Zulhijjah.

4. Pada hari syak (hari yang diragui antara 30 hari bulan Syaaban atau sudah masuk hari bulan Ramadhan.


Hari-Hari Yang Makruh Berpuasa

1. Berpuasa pada hari Jumaat sahaja hukumnya adalah makruh, tetapi kalau kita berpuasa berturut2 dimulai sehari sebelum Jumaat atau diteruskan sehari sesudah hari Jum,aat maka hukumnya mubah 9boleh) kita berpuasa pada hari jumaat itu. Begitu juga boleh berpuasa pada hari jumaat itu sekiranya kita berpuasa berselang-selang (seperti puasa Nabi Daud) dan kebetulan puasa itu jatuh pada hari jumaat.

2. Pada hari Sabtu sahaja makruh juga mengerjakan puasa. Tetapi kalau sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya kita berpuasa berturut2 boleh berpuasa padanya. Begitu juga jika kita berpuasa berselang-seli kebetulannya jatuh pada hari Sabtu bolehlah kita berpuasa pada hari itu.


HIKMAH PUASA

1. Puasa itu dapat melahirkan perasaan ingin tolong menolong antara satu sama lain, kasih sayang terhadap fakir miskin, anak2 yatim dan orang yang melarat hidupnya serta menginsafi akan kesusahan mereka itu yang pernah menderita kelaparan berhari2 lamanya.

2. Puasa itu boleh melatih diri supaya bersifar sabar, kuat dan tahan menderita menghadapi segala cabaran, kesusahan dan kesengsaraan yang mendatang menimpa diri.

3. Puasa itu melatih diri supaya bersifat amanah.

4. Puasa itu menyihatkan badan dan melatih diri supaya berdisiplin.

5. Puasa itu adalah sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana telah menurunkan nikmatNya dan pemberianNya yang tidak terhingga.

6. Puasa itu menguatkan iman kepada ALLAH kerana iman kepadaNya menyebabkan kita menahan diri daripada segala keinginan syahwat pada siang hari dalam bulan puasa.

7. Puasa itu adalah untuk mendidik jiwa mentaati segala suruhan ALLAH.

8. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan itu dengan ikhlas dan betul2 mengharapkan keampunan daripada ALLAH akan diampuni ALLAH dosa2nya yang lalu.

9. Puasa itu menumbuhkan jiwa keikhlasan pada diri orang yang berpuasa.

10. Puasa itu melatih diri supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan ALLAH) iaitu yang dapat menahan diri daripada keinginan nafsu keduniaan.

11. Puasa itu menginsafkan diri bahawa kita ini adalah hamba ALLAH yang lemah disisiNya.

12. Puasa itu menjaga diri supaya tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.

13. Puasa itu memperkuat kekuatan fikiran dan memperkuat kekuatan penglihatan mata hati (basirah).

No comments:

Post a Comment