Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, July 16, 2011


Khazanah ilmu - banyak pengajaran dan maklumat yang dapat kita gali dari buku 'MIRACLE THE REFEENCE' ini. 5 buku dalam 1. Mudah, sahih, lengkap dan komprehensif.Ia mengandungi Ayat Al Quran - Tafsir - Terjemah - Hadis Sahih -kosakata, hukum2 tajwid, fadhilat, kaitan cerita dari Al Quran dengan kehidupan masa kini.

Ustaz Farihi memperkenalkan buku ini kepada kami semasa Program Bacaan Yaasin dan Tazkirah pada hari Jumaat dan apabila diterangkan isi buku ini saya berminat dan terus order. Harganya RM220.00. Masa2 yang lapang boleh juga digunakan untuk merujuk atau menimba ilmu daripada buku ini. Ianya boleh dibaca tanpa berwuduk. Mencari ilmu dunia dan akhirat tugas kita sepanjang masa. Sekurang2nya bahagikanlah hidup kita yang masih bernafas ini dengan pembacaan buku2 yang menjurus kita merenung ke akhirat. Tidak semestinya yang muda akan hidup lama dan yang tua sudah tetap sedia maklum akan pengakhirannya bila2 masa kecuali dianugerahkan usia bonus. Kalau pun mendapat usia bonus ......biarlah yang berkat....yang memberi menfaat kepada orang lain....dan tetap taat melakukan perintah Allah.....Insyaallah......

Selain itu ada lagi CD dan risalah iaitu 'ATLAS' yang mengandungi Dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Penceritaan bermula dari Bangsa Arab, kelahiran dan masa sebelum kenabian sehinggalah kewafatan baginda. Ianya juga mengandungi AL-MASURAT. CD ini pula ialah dijelaskan tiga langkah mudah belajar membaca Al Quran. Selain itu, dijelaskan pula ayat-ayat yang memiliki tanda2 dan karakter bacaan khusus, bagian2 apa saja yang terdapat dalam AlQuran dan tip2 menarik dalam Alquran.

No comments:

Post a Comment