Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, March 21, 2020

CORONA VIRUS ATAU RINGKASNYA COVID19

Pada mulanya penyakit ini dikesan di Wuhan China....seakan2 SARS sejenis penyakit yang menyerang sistem pernafasan. Semua negara termasuk Malaysia mengambil sikap hati2 apabila melancung ke China....semakin lama penyakit ini semakin merisaukan China termasuk negara2 yang lainnya.....mereka mula memantau kemasukan pelancung dari China dan mengadakan sekatan untuk pemeriksaan suhu di Lapangan Terbang.
Corona Virus mula memasuki negara2 seperti  Jepun Hong Kong dan Filipina......dan kini ia telah menjelajah hingga ke Malaysia tanah airku yang tercinta. Apabila ramai jumlah positif COVID19 kerisauan mula melanda dan Sabah satu2nya negeri dalam Malaysia menyekat kemasukan pelancung dari China. Pada ketika korona ini mengembangkan sayapnya di Malaysia....krisis politik pula melanda dan tumpuan kepada korona teralih.....pertukaran kerajaan baharu....pelantikan PM yang baharu dan pembentukan kabinet baharu.....mengambil sedikit masa tapi korona sudah mula liburan di Malaysia.....satu demi satu kes dijumpai dan sehingga penguatkuasaan kawalan pergerakan ....STAY AT HOME........MULAI 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020 dilakukan sebagai pencegahan penularan virus ini.

Kronologi COVID-19 di Malaysia





KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 Januari
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.
24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.
25 Januari
-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.
26 Januari
-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.
27 Januari
-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.
28 Januari
-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.
29 Januari
-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.
30 Januari
- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
31 Januari

No comments:

Post a Comment