Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Thursday, May 24, 2018

BERSIKAP JUJUR LEBIH BAIK - LGE

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan sebarang maklumat mengenai perbelanjaan kerajaan tidak akan disembunyikan dan akan dimaklumkan kepada rakyat.
Beliau berkata, cara dan sistem kerajaan terdahulu yang menyembunyikan perbelanjaan daripada pengetahuan rakyat tidak akan berlaku lagi.
Malah katanya, berterus terang mengenai perbelanjaan dan keadaan ekonomi mampu memberi keyakinan kepada pelabur.


“Yang penting kita nak beritahu bahawa kita akan berterus terang, tidak akan sorok mana-mana perbelanjaan, apa yang kita baca dalam penyata kewangan, itulah ia.
“Kita akan sentiasa memantau (pasaran), tapi yang penting kita nak tunjuk bahawa kita tidak akan ikut cara dan sistem lama di mana perbelanjaan di sorok-sorokkan, itu tidak akan berlaku lagi. Saya rasa bahawa rakyat berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Ditanya sama ada ketelusan kerajaan memaklumkan keadaan hutang negara menjadi punca kejatuhan pasaran saham, Guan Eng berkata, faktor luaran turut menjadi penyumbang.
“Sama ada (ketelusan) ini akan mempengaruhi, ia akan ditentukan pasaran saham, tapi bukan sahaja pasaran Malaysia yang jatuh, lihat Thailand atau negara lain seperti Amerika Syarikat, pasaran saham mereka juga jatuh
“Saya rasa ada faktor luar, tapi biarkan broker atau penganalisis pasaran melihatnya sama ada apa yang berlaku ini hanya di Malaysia atau seluruh wilayah serantau.
“Apapun kita akan ambil semua pandangan dan kritikan namun, kejujuran itu adalah polisi terbaik, jadi kami perlu lebih jujur dan telus, sekiranya kami dihukum kerana menjadi telus, tiada apa yang boleh dilakukan, tapi kami akan terus berusaha,” katanya.
Selain itu, Guan Eng berkata, kerajaan tetap mempunyai dana untuk menjelaskan hutang negara.
“Kita masih ada dana untuk bayar hutang, kita akan bayar hutang kerana ia komitmen kerajaan ini, walaupun kita tidak gembira dengan apa yang berlaku dengan 1MDB, tapi kita harus melunaskan hutang.
“Ini juga bagi memberi jaminan kepada pasaran, bahawa kerajaan ini tahu apa yang dilakukan dan yang paling penting kita mengikut norma peraturan kewangan antarabangsa,” katanya.

No comments:

Post a Comment