Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, May 12, 2018

Tinjau2 juga cerita Labuan tempat aku dan keluarga mencari rezeki

Ahli Parlimen harap pembinaan jambatan Labuan - Menumbok diteruskan



LABUAN: Ahli Parlimen Labuan dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rozman Isli berharap cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Menumbok di tanah besar Sabah akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, cadangan pembinaan jambatan yang sekian lama dinanti-nantikan penduduk pulau bebas cukai itu kini bukan lagi di peringkat kajian kemungkinan, sebaliknya memasuki fasa kajian pelaksanaan.


"Saya berharap perancangan baik akan terus dilaksanakan oleh kerajaan PH seperti jambatan Labuan - Menumbok yang sudah dalam kajian perlaksanaan pada ketika ini, bukan lagi kajian kemungkinan.
"Pada masa sama, saya yakin kerajaan PH akan meneruskannya memandangkan ia (jambatan) juga diperjuangkan oleh mereka (PKR dan Parti Warisan Sabah Labuan) selama ini," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rozman juga berharap kerajaan akan memberikan perhatian secukupnya kepada Labuan serta penduduknya.
"Ini kerana Labuan mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dan menjadi penyumbang besar kepada pembangunan serantau dan ekonomi negara," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan terdahulu sebelum ini banyak membuat pelaburan terhadap pembangunan infrastruktur di Labuan, namun sebahagiannya seperti dilaksanakan separuh jalan.
"Sekarang kita mahu ia dilengkapkan supaya boleh dilaksanakan dan memberi impak (kepada rakyat)," katanya.
Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Ketika pembentangan Bajet 2018 mengumumkan kerajaan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah.
Papan tanda buat kita keliru...
Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Ketika pembentangan Bajet 2018 mengumumkan kerajaan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah.
Tapi tu signboard bilang jambatan Labuan-Menumbok siap 2023?????

Kempen Pilihan Raya saja baitu bilang kawan2.......


No comments:

Post a Comment