Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, February 19, 2011

RAHSIA KURMA



KHASIAT KURMA DALAM PERUBATAN

Mengikut hasil kajian sains khasiat kurma terbukti:

* memanaskan badan
*mencergaskan tubuh
*mencerdaskan minda
*membantu tumbesaran kanak2
*melancarkan perjalanan darah
*menghindari barah
*mencucui hati
*membantu mengurang pengaliran darah semasa kelahiran

Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim al-Nasimy dal buku Tempoh Mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain;

1) menolong mencengkam rahim sewaktu kelahiran.
2) memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan.
3) Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu.
4) Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu.
5) Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak2, pertumbuhan darah dan sumsum tulang.
6) Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

Firman Allah kepada Maryam (Ibu Nabi Isa) supaya memakan kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak' (surah Maryam 19:25).



No comments:

Post a Comment