Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Saturday, December 5, 2009

3 CARA mendapatkan iman


ALLAH SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang berusaha mengekalkan imannya dan membawa iman yang sempurna hingga ke akhir hayatnya, maka orang itu dinilai sebagai mati seorang mukmin atau mati husnul khatimah sekali gus terlepas daripada seksa kubur dan neraka serta dihadiahkan syurga.

Jalan terbaik melalui 3 cara:

1. Mujahadatunnaf - berjuang melawan hawa nafsu jahat dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak kita membuat kejahatan.Antara sifat jahat itu ialah sum'ah (ingin orang tahu amal kebajikan kita), riak,ujub,takabur,hasad dengki,marah,dendam,bakhil,cinta dunia dan gila harta.

Usaha membuang sifat2 jahat itu dengan merasa nikmat meninggalkannya dan juga merasa nikmat membuat perkara baik dengan latihan seperti

Takhalli - berjuang membuang dan membersihkan sifat jahat (mazmumah)

Tahalli - membersih dan mengisi jiwa dgn sifat serta perkara baik

Tajalli - merasa nikmat meninggalkan sifat jahat dan merasa nikmat melakukan kebaikan.

2. Mengerjakan amalan sunat - sembahyang sunat pada waktu malam, disusuli dengan doa, membaca al-Quran, berzikrullah dan lain2 ibadah lagi.Sembahyang sunat dengan kyusuk kerana ianya akan dinilai dan diberikan pahala serta menjadi punca kekuatan jiwa.

3. Tafakur - bertafakur atau merenung kebesaran ALLAH serta hikmah sesuatu yang dijadikan Nya, samada dalam bentuk benda (alam,muka bumi dan bintang) serta juga kejadian2 ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Apabila kita merenung perkara2 yang dijadikan itu, kita akan merasai kehebatan dan keagungan Nya. Sekiranya kita merenung akan nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada kita, ia akan mendorong kita supaya bersyukur dan bersabar dengan ujian Nya.

Walaupun persoalan mati dan bagaimana bentuk kematian adalah di dalam ilmu pengetahuan dan urusan ALLAH, namun kita selaku hamba Nya tidak dilarang untuk berusaha dan berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman.

dipetik dari majlah al islam.

No comments:

Post a Comment