Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Wednesday, February 3, 2010

Bagaimana pahitnya hubungan anda suami isteri, berusahalah supaya tidak berpisah.


Tip jaga hati suami:
1. Puji dia selalu.
2. Bila dia bercakap dengar dan diam
3. Jangan dilawan tetapi boleh memberi pendapat yang tidak menyingung.
4. Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.
5. Selalu kata -"Ada apa-apa yang abang tak berkenan hari ini," walaupun tahu semuanya okey.
6. Jangan merajuk kalau dia diam saja atau tak puji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjukkan kasih sayang.
7. Ikut semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama.
8. Ringankan bebannya seperti tolong bayar bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya.
9. Hadiahkan dia sesuatu.
10. Hantar SMS berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali.
11. Bergurau selalu.
12. Pastikan anda sentiasa wangi.
13. Kalau suami pernah buat salah jangan ungkit-ungkit.

Tip jaga hati isteri:
1. Wanita seronok dipuji, maka pujilah selalu tentang apa-apa saja; masakannya, pakaiannya,wajahnya, perilakunya dan sebagainya.
2. Hadiahkan sesuatu yang sangat2 diingininya.
3. Bantu dia di dapur.
4. Jangan cerita fasal bekas teman wanita padanya.
5. Jangan puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani.
6. Sesekali hantar mesej cinta padanya.
7. Eloklah jangan ada skandal.
8. Kalau boleh tak usah poligami kecuali isteri setuju.
9. Peluk isteri sekitar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Sekadar bersalaman pun memadai.
10. Berdoa dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang solehah dan anda pun mahu jadi soleh.



No comments:

Post a Comment