Masjidil Haram

Masjidil Haram
Mengamit Memori

Sunday, January 2, 2011

Tujuan Ibadah Untuk Bersihkan Hati


Kualiti hati menentukan kualiti amalan;
Kuantiti amalan menentukan kualiti hati.

Seluruh amal ibadah dalam ISLAM sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati.

SOLAT: Tujuan utama solat adalah untuk mengingati ALLAH. Maksud Firman Allah:"Dan dirikanlah Solat untuk mengingati Ku"(surah Taha:14)"Ingat Allah" yang dimaksudkan di sini adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri "Feeling og God in you", sehingga menimbulkan rasa takut, kagum, malu, hina dan harap kepada ALLAH dalam hati.

PUASA: Tujuan puasa adalah untuk melahirkan sifat taqwa yakni kemampuan mengawal diri dan berhati-hati dengan hukum hakam Allah. Firman Allah bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang yang terdahulu daripada kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa" (Surah al-Baqarah 2:183). Taqwa itu juga letaknya di hati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Taqwa itu di sini (sambil menunjukkan dada baginda)". Dengan sifat taqwa seseorang akan naik 'darjatnya' di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Ku ialah mereka yang bertaqwa" (surah al-hujurat:13)

ZAKAT: Tujuan utama mengeluarkan zakat adalah untuk melatih hati agar mampu memberi kepada orang lain. Sasaran ibadah zakat ialah untuk melunturkan sifat taak, rakus dan pentingkan diri dalam hati manusia. Zakat itu kata asas yang bermaksud 'bersih'. Zakat fitrah adalah untuk 'membersihkan' diri manakala zakat harta adalah untuk 'membersihkan' harta. Dan dengan kebersihan diri dan harta ini akan bersihlah hati seseorang daripada kekotoran sifat mazmumah.

HAJI: Ibadah Haji meletakkan hati sebagai sasaran. Haji hakikatnya adalah kembara seorang hamba membawa hatinya menuju Allah.

KORBAN: Ibadah korban bertujuan'menyembelih' rasa cinta selain Allah dalam hati manusia untuk hanya mencintai Allah. Firman Allah s.w.t dalam al Quran 'daging dan darah binatang korban itu tidak sampai kepada Allah tetapi apa yang sampai ialah hati yang bertaqwa.'

Maka berhati-hatilah menjaga HATI kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak akan ternilai walau sedebupun sekiranya diamalkan tanpa IKHLAS.

Rasulullah s.a.w pernah menegaskan bahawa tidak akan lurus keimanan seseorang sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hati seseorang sehingga lurus lidahnya.

Untuk mendapat kebaikan Islam mendidik kita agar memulakan sesuatu interaksi dan komunikasi sesama manusia dengan kebaikan, bermula dengan bersangka baik, memberikan senyuman dan memberi salam.

Hati juga umpama kebun, semaikan 'benih' rasa baik-baik, pasti kita akan menuai 'buah' kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai angin, nanti kita terpaksa menuai badai.

dipetik dari : Pahrol Mohamad Juoi - M.Solusi

No comments:

Post a Comment